
Selepas ketinggalan 1 - 2 sewaktu rehat separuh masa pertama, Brighton yang turun dengan memakai jersi merah/hitam telah mengganas dengan menjaringkan empat lagi gol bagi membolehkan pasukan ini keluar dari zon diturunkan ke Liga Coca Cola bahagian 2 pada musim akan datang
Glenn Murray menjaringkan empat gol dalam perlawanan malam tadi. Beliau menemui gol pada minit ke-36, 56, 70 dan 80. Manakala satu lagi gol adalah hasil jaringan Nicky forster pada minit ke-49.
Seramai 6,126 orang penonton telah hadir ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan pilihan masing - masing.
Albion: (4-4-2) Brezovan; Hoyte, Elphick, El-Abd, McNulty; Bennett, Dicker, Navarro (Virgo 74), Cox (J Smith 90); Forster (Hart 81), Murray. Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Whing, McLeod, Davies.