Thursday 4 April 2013

Meniti Kepastian

Sering aku mengutip pengertian
Disebalik kehadiranmu
Dan kemesraan yang kau pamerkan
Terhenti langkah pencarian

Kini aku diusik penyesalan
Menyedari kesilapannya
Hingga terjadi jarak pemisah
Terpendam segala ungkapan nan indah

Mungkin kau merasa keraguan di hati
Dan kehadiran mu tanpa aku hargai
Sedangkan diri ku yang masih belum pasti
Dalam penentuan merangkul harapan

Terpadamkah kesempatan yang akhir
Andai aku hanya berpasrah
Menyusun harap di puncak takdir
Meniti kepastian perasaan

Tuesday 2 April 2013

Buku Harianku

dalam  buku harianku
yang telah aku tuliskan
pada hari esoknya
aku menonton lagi
masanya pun tiba
aku pun menonton

sedangku duduk seorang
ada dua sejoli
menonton bersamaku
duduk di hadapanku
rupa-rupanya dia
dialah kekasihku

di ketika itu aku gelisah
aku tak mengerti cerita itu
aku pun tak tunggu terus pergi

aku menangis tersedu
ibu ku bertanya padaku
mengapakah tersedu dalam tidurku itu
rupanya ku bermimpi buku harianku

aku pun berdoa janganlah terpisah

Monday 1 April 2013

Atas Permintaan

Atas permintaan kawan-kawan, aku siarkan gambar beberapa buah stesen baru yang masih dalam pembinaan, Jambatan Victoria dan pintu masuk keempat-empat terowong yang sedia ada.

Stesen Tasek
 Stesen Sungai Siput
 
 Jambatan Victoria
 Stesen Kuala Kangsar
 
 
 Padang Rengas
Stesen Bagan Serai
 
Stesen Parit Buntar
 Stesen Simpang Ampat
Stesen Tasek Gelugor
 Stesen Sungai Petani
 Stesen Gurun
 Stesen Kobah
 Stesen Alor Setar
 Stesen Kodiang
Stesen Arau
Stesen Bukit Mertajam
Jambatan putar yang baru, masih dalam pembinaan
 
Terowong Nombor 1
Terowong Nombor 2
Terowong Nombor 3
Terowong Nombor 4

Harap Amirul di Johor Bahru berpuas hati dengan gambar-gambar terowong yang disiarkan.

Jawatan Kosong - Polis Bantuan (Lelaki Sahaja)

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Keretapi Tanah Melayu Berhad  bagi jawatan berikut:-

POLIS BANTUAN (LELAKI SAHAJA)

Syarat Kelayakan

  • Lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat kepujian di dalam Bahasa Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan (bagi calon luar) atau tidak tidak melebihi 35 tahun bagi kakitangan KTM Berhad;
  • Tinggi tidak kurang daripada 165 sm (tanpa memakai kasut);
  • Berat badan tidak  kurang daripada 48kg;
  • Ukuran dada biasa 79sm, tarik  nafas 84sm;
  • Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata;
  • Boleh berkomunikasi dan menulis  di dalam Bahasa Malaysia;
  • Sedia ditempatkan  ke mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad.
Spesifikasi Tugas.

  • Menjaga kawasan bit, pos bengkel, ibu pejabat, pejabat tunai, stesen, dan platform;
  • Menjalankan tugas-tugas mengiringi wang ke bank bersama penyelia;
  • Menjalankan tugas-tugas rondaan  bersama penyelia di laluan komuter;
  • Mengeluarkan pas pelawat kepada orang-orang awam yang memasuki bengkel dan pejabat-pejabat di Ibu Pejabat KTM Berhad;
  • Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di bengkel;
  • Membuat laporan kenyataan yang benar dalam buku catatan, buku harian, balai dan sebarang buku laporan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan pengalaman, butir-butir peribadi beserta dengan salinan sijil-sijil persekolahan, sekeping gambar berukuran pasport  dan sampul surat beralamat sendiri (ukuran 4” x 9”) yang bersetem. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar  tidak lewat daripada  5 April 2013 ke alamat seperti berikut:-

Pengurus Besar
Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi
(Unit Perancangan Kakitangan)
Ibu Pejabat Korporat KTM Berhad
Jalan Sultan Hishamuddin
50621 Kuala Lumpur
Tel: 03-22631368/03-22631312

Sunday 31 March 2013

Sepanjang Landasan Dari Butterworth Ke KL Sentral (Bahagian 2)

Kita lihat sebahagian lagi gambar beberapa buah stesen yang terletak antara KL Sentral dan Stesen Ipoh.

Stesen Sentral Kuala Lumpur

Stesen Kuala Lumpur
Perhentian Bank Negara

Perhentian Putra

Simpang Batu
 Perhentian Segambut
 Stesen Kepong
Perhentian Kepong Sentral
 
 Stesen Sungai Buloh
Stesen Kuang
Stesen Rawang
 Stesen Serendah Freight
 Stesen Serendah

Stesen Batang Kali

Stesen Rasa
 
 Stesen Kuala Kubu Bharu
Kabin Kalumpang
 Stesen Tanjung Malim
Stesen Behrang
 Stesen Slim River
 Stesen Sungkai
 Stesen Tapah Road
Stesen Kampar
 Stesen Freight Kota Bharu
 Stesen Batu Gajah
 Stesen Freight Lahat
 Stesen Ipoh

Secara keseluruhan, hampir 3,000 keping gambar telah sempat dikumpulkan sepanjang trip diadakan pada 29 dan 30 Mac 2013 yang merangkumi:
a. Perjalanan dari Butterworth ke Taiping dengan Tren Senandung Mutiara No. 23.
b. Perjalanan dari Taiping ke Padang Besar dengan Tren Senandung Langkawi No. 20.
c. Perjalanan dari Padang Besar ke Butterworth dengan Tren Ekspres Antarabangsa No. 35.
d. Perjalanan Dari Butterworth ke KL Sentral dengan Tren Sinaran Utara No. 11.
e. Perjalanan Dari KL Sentral ke Butterworth dengan Tren Sinaran Utara No. 10.

Jumpa pada trip yang lain pula.