Sunday 28 February 2021

Livery Vintage PJKA Tahun 80an

Menonton video terbaru dari Yusril Rizky Pratama yang bertajuk 'VIRAL KEJUTAN KERETA API LIVERY VINTAGE PJKA TAHUN 80AN NARIK KA KAHURIPAN' sememangnya diakui bahawa Kereta Api Indonesia (KAI) mempunyai banyak keistimewaan..

Ikuti sepenuhnya video tersebut yang telah dimuatnaik pada 23 Februari 2021.


Mungkin pihak KTMB boleh berbuat sesuatu untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia menaiki tren dengan membuat sedikit perubahan terhadap 'livery' lokomotif dan koc yang ada masa ini.

Brighton Terkeluar Dari Saingan Piala FA England

Kelab Brighton & Hove Albion terkeluar dari saingan Piala FA England musim ini apabila tewas 0-1 kepada pasukan Leicester City dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium King Power, Leicester pada 10 Februari 2021 yang lalu.

Jaringan minit ke 90+4 oleh Kelechi Iheanacho menamatkan saingan Brighton & Hove Albion di Pusingan Kelima pada musim ini.

Dengan persembahan yang tidak menentu termasuk dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris, nasib pasukan Brighton & Hove Albion dalam kelompok pasukan elit sudah semakin genting.

Walau bagaimana sekalipun, pasukan Brighton & Hove Albion ini tetap aku minat dan sokong dari dahulu, kini dan selamanya. Menang, seri atau kalah, adat dalam bolasepak. 

Semoga pasukan ini akan bangkit semula dalam baki saingan EPL dan kekal dalam EPL pada musim akan datang.

Lupakanlah Janji (Anita Sarawak)

Kalau kita berpisah nanti

Lupakanlah segala janji

Hanya pesan ku tinggalkan

Jaga diri

Kalau dikau merasa hampa

Aku juga di dalam derita

Oh mengapa ku kecewa

Hidup lara

Ku hanya harap kau bahgia di samping dia

Hanya doa dari hamba gembira

Kalau sudah surat hidup

Tidak perlu menyesal kini

Hanya lagu tinggal mesra

Tanda cinta....

 

Aku memang minat lagu-lagu lama seperti ini. Harap kalian terhibur.

Stesen Lama Dalam Kenangan (Bahagian 3)

Salam Sejahtera. Apa khabar kalian di luar sana? Cuaca panas sekarang ini dijangka akan berakhir tidak lama lagi. Di tempat aku ni, durian sudah mula berbunga manakala petai dah mula ada dalam pasaran dan bunga-bunga cicar mula bertaburan menyembah bumi.

Aku ingin menyambung kembali gambar-gambar stesen keretapi lama untuk tatapan kalian. Untuk kali ini, aku akan mulakan dari Stesen KL Sentral sehingga ke Stesen Gemas. Tapi kalian harus ingat, dahulu tak ada Stesen KL Sentral yer. 

Seperti yang telah aku maklumkan dalam Bahagian 1 dan Bahagian 2 Siri Stesen Lama Dalam Kenangan ini, ada di antara gambar-gambar itu bukan milik aku. Apabila aku terjumpa, aku simpan dan aku kongsikan bersama teman-teman di luar sana.













Semoga terhibur.