Wednesday 14 April 2021

AJAIBNYA RAMADHAN: KURMA DAN AIR

 

AJAIBNYA RAMADHAN : KURMA & AIR

Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW.
 
 Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM

Tuesday 13 April 2021

Stesen Keretapi Perhentian Tinggi

Terdapat banyak stesen dan perhentian keretapi di antara Seremban ke Gemas. Salah sebuah daripadanya adalah STESEN KERETAPI PERHENTIAN TINGGI.

Stesen keretapi ini terletak di KM 475.8 atau 295 1/4 batu dari Perai. Jirannya di utara adalah Stesen Sungai Gadut manakala di sebelah selatan adalah Stesen Pedas.

Stesen ini terletak di sebelah kiri landasan arah tren turun dan mempunyai satu landasan gelong dan dua landasan sisian.
Hasil utama stesen ini adalah getah cair (latex) dan kopi yang ada ditanam di ladang-ladang besar sekitar kawasan berhampiran stesen.

Menurut catatan akhbar, stesen ini mula dibuka pada tahun 1909.

Carian dari laman sesawang Arkib Negara Malaysia pula menemui bahawa ada cadangan untuk menukar nama stesen ini dari Stesen Keretapi Perhentian Tinggi kepada Stesen Keretapi Gunong Angsi.

Tidak diketahui bila stesen ini ditutup kerana kali terakhir nama stesen ini tercatat dalam senarai rasmi stesen dan perhentian tahun 1934.

  

Jadual Waktu Kerja Tahun 1938 tidak lagi menyenaraikan Stesen Perhentian Tinggi sebagai salah sebuah stesen.

Demikianlah serba sedikit informasi yang dapat aku kongsikan bersama kalian tentang STESEN KERETAPI PERHENTIAN TINGGI ini.

Jumpa lagi pada kesempatan yang lain.

Tiket KTM Antarabandar Ada Iklan

Kalian di luar sana yang biasa menggunakan perkhidmatan Tren Antarabandar KTM pasti akan menyimpan kalau tidak banyak pun, mesti ada menyimpan satu tiket sebagai tanda kenang-kenangan.

Aku mempunyai banyak tiket Tren Antarabandar yang terdiri daripada berbagai bentuk, saiz dan warna.

Untuk kali ini, aku akan kongsikan bersama kalian tiket Tren Antarabandar KTMB yang mempunyai iklan.

Jumpa lagi. 

Doa Menyambut Bulan Ramadhan

 

Ramadhan

Ramadhan

Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua
 
Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam
 
Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku
 
Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu....

Stesen Lama Dalam Kenangan (Bahagian 6)

Salam Sejahtera dan Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman yang beragama Islam.

Aku sambung kembali perkongsian tentang beberapa lagi gambar lama stesen dan perhentian keretapi yang ada dalam jajaran KTMB.

Pada kali ini, aku siarkan gambar-gambar stesen dan perhentian yang ada di sekitar Lembah Kelang.

Ada di antara gambar-gambar tersebut aku perolehi di internet, dari Kelab Peminat Keretapi Malaysia dan juga dari simpanan aku sendiri.

Aku harap kalian dapat mengetahui tentang rekabentuk stesen dan perhentian keretapi pada zaman dahulu.

Sehingga berjumpa pada hantaran akan datang.

Setulus Cintamu

Setulus Cintamu
 
Betapa sucinya cinta
Setia menanti daku
Tiada merasa hampa
Kasih mu nan abadi
 
Walaupun jiwa tersiksa
Cintamu tiada batasnya
Dikau untuk berkorban
Cintamu cintaku...
 
Sinaran bintang-bintang
Menyinari hidupku
Namun hatiku sepi
 
Takkan dapat ku lupa
Mesranya belai manja
Ku merintih dalam kalbu
Ku rindu ku rindu
Kasih mu...
 
Semoga cerah kembali
Dunia ku yang kesepian
Padamu ku serahkan
Kasih yang suci

Monday 12 April 2021

Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Saloma)

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku membawa derita
Dikau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya
.....  

Nota: Video tu aku siarkan di Youtube Channel kira-kira tujuh tahun yang lalu....

Selamat Berpuasa

Salam Sejahtera.

Diam tak diam, esok umat Islam di Malaysia dan di beberapa negara lain di dunia akan mula berpuasa. Pada tahun ini, jangkanya cuaca baik dan sedikit hujan di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berpuasa bukan sekadar tidak makan atau tidak minum di waktu siang, tetapi ia merangkumi penjagaan terhadap seluruh anggota badan seperti menjaga mata dari melihat perkara haram, menjaga lidah dari berkata perkara yang tidak berfaedah dan tidak mendengar perkara haram seperti umpatan kecuali disusuli dengan benci terhadap umpatan tersebut.

Berpuasa juga dapat menginsafkan diri kita terhadap orang-orang Islam yang berada di dalam keadaan serba kekurangan, berpuasa dalam suasana perang, berpuasa dalam keadaan kebuluran, berpuasa tatkala dalam pelbagai tekanan oleh pemerintah dan macam-macam lagi.

Syukurlah.... di Malaysia ini kita semua dapat berpuasa dengan sempurna tanpa ada gangguan dari sesiapa. Makanan dan minuman melimpah ruah dan tiada sekatan dalam melakukan ibadah walaupun pada masa ini beberapa arahan perlu dipatuhi sesuai dengan saranan Kerajaan Malaysia untuk memutuskan rangkaian Covid 19.

Berpuasa di bulan Ramadan dengan muhasabah diri banyak mendidik hati dan jiwa serta fikiran manusia bagi mendapat tenaga untuk melaksanakan ibadah dan pekerjaan seharian. Kita sebagai manusia boleh belajar daripada pengalaman masa lalu, masa kini dan memanfaatkan keadaan sekarang dan merancang untuk kejayaan masa depan yang lebih cemerlang.

Semoga Rukun Islam yang ketiga ini dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin oleh kita semua. InsyaAllah. 

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada.