Wednesday 1 May 2013

Berita Dari Sabah

Lokomotif 15102
Koc yang dihadiahkan oleh KTMB
Bahagian dalaman koc yang telah dibaikpulih

Diriku Jadi Korban

duhai kekasihku
mana janji setiamu
duhai sayangku
mana sebutan cintamu

semuanya kau katakan
bila dekat padaku
tapi bila ku telah jauh
semua kau lupakan

engkau serahkan 
dirimu pada yang lain
tinggal diriku
kini yang menjadi korban

Kaunter Jualan Tiket ETS Di Lembah Klang


Berkuatkuasa pada 25 April 2013, kalian sebagai penumpang keretapi No. 1 boleh mendapatkan tiket perjalanan bagi perkhidmatan Tren ETS di Stesen Subang Jaya, Shah Alam, Klang dan Pelabuhan Klang. Tiket-tiket dijual mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862 (domestik) atau 603-2267 1200 (antarabangsa) atau layari laman web KTM Berhad di www.ktmb.com.my.

Seperti aku yang sering membuat perjalanan pergi balik dari Batu Gajah ke Batu Tiga, Jalan Kastam dan Klang, kadangkala rasanya membuang masa untuk beratur di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket ETS bila hendak balik ke Batu Gajah. Untuk perkhidmatan KTM Komuter, aku guna 'Touch n Go' yang semestinya cepat dan berkesan.

10 Perkara Yang Merosakkan Otak


Penutupan Sementara Platform 2 Stesen Subang Jaya



Mulai 11 Mei 2013, semua perkhidmatan KTM Komuter ke laluan Batu Caves  di Stesen Subang Jaya  akan dipindahkan buat sementara ke Platform 1.

Ini dilaksanakan untuk membantu pembinaan projek sambungan laluan LRT Kelana Jaya yang diintegrasikan dengan Stesen Komuter Subang Jaya. Untuk selama 10 bulan, akan berlaku sedikit perubahan di dalam jadual perkhidmatan tren komuter.

Bagi perkhidmatan KTM Komuter ke arah Pelabuhan Klang dan stesen-stesen di antaranya, tiada perubahan akan dilakukan.

Kalian yang sering menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dari atau ke Subang Jaya hendaklah mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kerinduan

di dalam hatiku menangis
bilaku mengenang dirimu sayang
kini jauh sudah harapan hati
selama ini ku rindu

tiada belai kasih sayangmu
tiada senyum yang manis lagi
berat rasanya hatiku kini
tanpa dirimu di sisiku

kini ku mengenang dirimu
aku gelisah selalu
jangan kau lupakan diriku
berita ku harap darimu

Monday 29 April 2013

Expo Francais Seri Iskandar

Pada 26 - 28 April 2013 yang lalu, Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Bait Al-Amin, Parit telah menyertai Expo Francais Seri Iskandar yang berlangsung di hadapan Pejabat MRCB Seri Iskandar, Perak.
 

Selain daripada Bait Al-Amin, Ekspo ini turut disertai oleh ramai pengusaha makanan dan minuman.  Tidak ketinggalan diadakan beberapa gerai pameran yang dikunjungi oleh orang ramai.
 
 
 
 

Kita ikuti sebahagian daripada kenangan yang sempat dirakam di gerai Bait Al-Amin.
 
 
 
 
 
 

Sesungguhnya inilah pengalaman berharga buat anak-anak Bait Al-Amin yang terlibat dalam menjayakan jualan di Gerai Bait Al-Amin yang sering dipenuhi oleh para pengunjung. Tentunya Ayah Lan dan Pak Tam gembira samada dengan hasil jualan mahupun komitmen yang ditunjukan oleh anak-anak sepanjang tiga hari itu.

Selamat Maju Jaya buat semua yang terlibat.