Berkuatkuasa
pada 25 April 2013, kalian sebagai penumpang keretapi No. 1 boleh mendapatkan tiket perjalanan
bagi perkhidmatan Tren ETS di Stesen Subang Jaya, Shah Alam, Klang dan Pelabuhan Klang. Tiket-tiket dijual mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00
petang setiap hari.
Untuk
maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian
1-300-88-5862 (domestik) atau 603-2267 1200 (antarabangsa) atau layari
laman web KTM Berhad di www.ktmb.com.my.
Seperti aku yang sering membuat perjalanan pergi balik dari Batu Gajah ke Batu Tiga, Jalan Kastam dan Klang, kadangkala rasanya membuang masa untuk beratur di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket ETS bila hendak balik ke Batu Gajah. Untuk perkhidmatan KTM Komuter, aku guna 'Touch n Go' yang semestinya cepat dan berkesan.
No comments:
Post a Comment