Saturday 24 October 2009

ketahuilah......

Rasulullah s.a.w bersabda:

“sesungguhnya orang yang paling besar

pahalanya ketika menunaikan

sembahyang ialah orang yang paling jauh

perjalanannya iaitu langkahnya menuju

ke masjid. Seseorang yang menunggu

untuk menunaikan sembahyang

sehinggalah dia menunaikannya bersama

imam, lebih besar pahalanya daripada

orang yang menunaikan sembahyang

kemudian terus tidur. “

Friday 23 October 2009

Bangunan Baru Anak - Anak Putri

Semalam (22/10/2009) aku ke Teratak Bait Al - Amin lagi. Kehadiran aku pada hari semalam lebih kepada melihat akan bangunan baru untuk anak - anak perempuran (Asrama Putri - ASPURI) yang siap beberapa hari sebelum 1 Syawal yang lalu.

Ramai orang sekadar lalu sahaja di hadapan teratak ini tanpa mahu singgah untuk sedikit waktu

Bangunan baru untuk kediaman anak - anak perempuan Kelihatan cantik, lebih menarik di waktu malam
Dari sudut yang berasingan Melihat akan pejabat administrasi tempat Ayah Lan dan Abi menyiapkan kerja - kerja pentadbiranMungkin kerana masih baru, tahap keselamatan masih rendah. Tiada grill besi melindungi anak - anak sekiranya mereka membuka tingkat untuk menikmati udara segarTangga yang agak tinggi tanpa ada bumbung menyukarkan anak - anak untuk turun ke bawah sekiranya hari hujan Tiada pagar yang memisahkan bangunan dengan jalan kecil untuk ke penempatan di belakang Teratak Bait Al - Amin. Dikhuatiri akan ada orang yang tidak bertanggungjawab menceroboh ke asrama putri Sudut untuk beristirehat masih kekal di bawah pohon mangga yang lebat berbuah ketika ini. Semalam aku sempat menikmati sebiji mangga masak yang rasanya memang enakAku mohon kepada semua pengunjung blog ini agar dapat meluangkan sedikit masa untuk menziarahi anak - anak di Teratak Bait Al - Amin ini pada bila - bila masa dan ketika. Juga, kalian boleh memberikan apa - apa jenis sumbangan dan hiburan agar anak - anak di sini tidak merasa terasing.

Tak kiralah samada wang ringgit, makanan dan minuman, pakaian, kasut, beg sekolah, kaunseling, tusyen, kemudahan IT, ceramah agama, membawa anak - anak ini melancong dan sebagainya, itu semua adalah ibadah. Jika sesuatu ibadah itu ikhlas dan diterima Allah, maka ganjarannya tentulah berlipat kali ganti.
Kalian fikirkan sendiri......................................

England Gagal Layak


Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Bawah Umur 17 Tahun akan berlangsung di beberapa bandaraya di Nigeria mulai 24 Oktober sehingga 15 November 2009.
England gagal melayakan diri untuk beraksi di sini setelah tewas di peringkat kelayakan.
Cuba lagi di masa akan datang.

Sunday 18 October 2009

Pemain Baru Brighton & Hove Albion

Senarai penuh barisan pemain pasukan Brighton & Hove Albion bagi Musim 2009/10 telah disiarkan pada 13 Ogos yang lalu.

Walau bagaimanapun, terdapat sedikit penambahan dan perubahan kepada senarai tersebut:

13. Mitchell Walker
19. Aaron Davies (dipinjam dari kelab Nottingham Forest)
25. Craig Davies (dipinjamkan ke kelab Yeovil Town)
26. Elliott Bennett
27. Gavin Hoyle (dipinjam dari kelab Arsenal)

Neutral Section

Jika kalian pernah menaiki KTM Komuter, pasti kalian pernah mengalami lampu dalam tren itu tiba - tiba padam seketika apabila melalui kawasan - kawasan yang tertentu. Walau bagaimanapun, keadaan menjadi pulih kira - kira 7 atau 8 saat kemudian bergantung kepada kelajuan semasa tren yang kalian naiki. Sebenarnya, tren komuter tersebut baru sahaja melalui Kawasan Berkecuali atau Neutral Section.

Tren komuter bergerak menggunakan kuasa elektrik setinggi 25kV dengan sentuhan antara talian atas OCS (Overhead Catenary System) dengan sebuah alat yang dipanggil pantograph yang terletak di atas bumbung tren komuter.

Oleh yang demikian, satu peralatan OCS dipasang bertujuan memisahkan dua punca kuasa elektrik dari Tenaga Nasional Berhad (TNB). Pemasangan peralatan ini adalah perlu bagi mengelakkan pertembungan dua punca kuasa elektrik yang berlainan.

TNB membekalkan kuasa elektrik kepada semua Stesen Pembekal Keretapi yang terletak di Lahat, Sungkai, Kalumpang, Rawang, Salak Selatan, Batang Benar, Subang Jaya, Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

Selalunya apabila tren komuter sedang melalui Kawasan Berkecuali (biasanya 20 – 30 kilometer di sepanjang Landasan Berkembar Elektrifikasi) iaitu kawasan talian yang tiada kuasa elektrik, sistem penghawa dingin akan terhenti dan lampu akan terpadam seketika.

Sepanjang laluan Komuter, terdapat empat belas lokasi bahagian berkecuali iaitu di Lahat, Kampar, Sungkai, Slim River, Kalumpang, Rasa, Rawang, Kepong, Salak Selatan, Kajang, Batang Benar, Simpang Pelabuhan Klang, Subang Jaya dan Padang Jawa.

Sekarang kalian pasti dah tahu mengapa tiap kali kalian menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, ada masa - masanya tiba - tiba aje tak ada air-cond, lampu tak nyala buat seketika. Tetapi jika tren yang kalian naiki itu sejak dari awal tak ada air-cond atau lampu tak menyala, itu bukan kerana masalah Neutral Section, tetapi itu adalah masalah teknikal.

Aku rasa KTMB dah berusaha untuk memberi yang terbaik untuk para penumpang, tetapi tak mampu untuk memenuhi kehendak semua kerana kekurangan set EMU. Lagipun kalau ada banyak set EMU di Lembah Klang, maka bertambah sesaklah jalan keretapi dan makin lambatlah perjalanan bukan sahaja tren komuter, tren antarabandar pun akan terlibat sama.

Dulu sebelum ada KTM Komuter, masyarakat pergi juga kerja atau sekolah dengan apa juga jenis kenderaan, mengapa tak merungut bila jalanraya jadi sesak? Tapi bila dah ada kemudahan seperti tren komuter ini, banyak pula 'songel', itu tak kena, ini tak jadi dan macam - macam lagi.

Tahukah Anda??

SUMBANGAN KEPADA MUZIUM PENGANGKUTAN MELAKA

KTM Berhad telah menyumbangkan sebuah lokomotif lama kepada Projek Muzium Pengangkutan Malaysia di Melaka. Muzium Pengangkutan ini akan mempamerkan pelbagai jenis pengangkutan yang digunakan semenjak Zaman Batu hinggalah ke Zaman Moden ini.

Memandangkan keretapi adalah salah satu cara pengangkutan darat yang terulung di Malaysia, maka Pengurusan KTM Berhad bersetuju untuk menyumbangkan sebuah lokomotif diesel lama No. 21111 dan sebuah koc lama BMV 10209 kepada Muzium berkenaan.

Walaupun lokomotif itu telah berumur lebih kurang 30 tahun manakala koc tersebut pula berumur 80 tahun tetapi keadaannya adalah sempurna setelah kerja-kerja baikpulih dilaksanakan oleh kakitangan Bahagian Kejuruteraan dan Penyelenggaraan Sentul. Lokomotif dan koc terbabit telah dibawa ke Melaka pada 6 Februari 1994 dengan menggunakan kenderaan Low Loader.

Lokomotif dan koc ini telah ditempatkan di atas landasan yang dibina khas di tapak Muzium Pengangkutan Melaka. Kerja – kerja tapak termasuk pembinaan landasan khas sepanjang 60 meter itu telah disiapkan oleh KTMB dari Kumpulan Khas Gemas.

Adalah difahamkan, kewujudan muzium ini mempunyai objektif tiga serampang iaitu kandungan pameran yang sempurna, tarikan pelancong yang tersendiri dan bahan penyelidikan.


Pameran diadakan dalam empat bentuk iaitu diorama, replika, model dan bahan semula jadi. Bahan – bahan tersebut juga berdasarkan ketiga – tiga aspek sistem pengangkutan iaitu darat, air dan udara.


Lokomotif 21111 'SUNGAI LUKUT'
Koc lama

Tranmere Rovers..2 Brighton..1

Misteri kekalahan pasukan Brighton di Merseyside berterusan awal pagi tadi apabila kunjungan ke Tranmere Rovers berakhir dengan kekalahan 1 - 2. Sehingga kini, Brighton masih lagi tercari - cari kemenangan pertama di sini sejak 33 tahun yang lalu.

Brighton hanya membuat satu perubahan dalam kesebelasan utama dengan Gary Hart turun ke padang menggantikan Nicky Forster yang tercedera. Sementara itu, Alan Navvaro kembali tersenarai sebagai pemain simpanan.

Glenn Murray menjaringkan gol tunggal Brighton pada minit ke-78 menerusi sepakan penalti setelah beliau dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Tranmere, David Martin.

Glenn Murray terjatuh akibat kekasaran yang dilakukan oleh pertahanan Tranmere
Ketika perlawanan berbaki 10 minit, Brighton bermain dengan 10 pemain setelah Murray dibuang padang kerana mendapat kad kuningnya yang kedua.

Kedudukan Brighton dalam liga turun dua anak tangga ke tempat ke-19.

Seramai 5,250 orang penonton telah datang ke Prenton Park ,Tranmere untuk menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Hoyte, Virgo, Elphick, McNulty (Wright 27); Bennett, Crofts, Dicker, Thornhill (Cox 46); Murray, Hart (Dickinson 81). Pemain simpanan yang lain: G Smith (GK), Tunnicliffe, Navarro, A Davies.