Wednesday 30 August 2023

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
Apalah ertinya Merdeka
Jika kita masih di takuk lama
Tak mahu berusaha untuk maju
Tak rela untuk bersusah payah dalam kehidupan
Tak malu untuk meminta-minta
Cukup dengan sekadar apa yang ada
Apa akan jadi pada pewaris kita di masa akan datang
Tatkala orang asing rakus membawa balik kekayaan ke negara mereka
Mana orang Melayu
Mana bangsa Melayu
Mana anak Melayu
atau sekadar yang tinggal
Tak Melayu hilang di dunia

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 66.