Sunday 31 January 2021

Jadual Keretapi Tahun 1927

 Berikut adalah sebahagian daripada Jadual Keretapi Tahun 1927.



Semoga memberi manfaat kepada semua.

Video Kereta Api Indonesia

Jika kalian berminat dengan keretapi di Indonesia, di Youtube terdapat satu saluran (channel) yang kerap menyiarkan cerita tentang keretapi di Indonesia terutamanya sejarah tentang sesebuah stesen lama atau laluan lama.

Saluran ini dimiliki oleh seorang peminat keretapi di Pulau Jawa bernama Yusril Rizky Pratama, anak seorang kakitangan Kereta Api Indonesia.

Beliau menggunakan Bahasa Indonesia yang mudah difahami dan banyak maklumat yang sering dikongsi dalam video-video beliau.

Mungkin ini dapat membantu rakan-rakan yang meminati keretapi yang ingin melawat dan menaiki keretapi di Indonesia pada masa akan datang, boleh membuat perancangan awal.

Semoga terhibur.

 https://www.youtube.com/channel/UCNm0e6aVVvii5njqyd3hPGQ


Akhir Malam Di Sungei Patani

AKHIR MALAM DI SUNGEI PATANI

Hujan pun turun di Sungei Patani

Hiba hatiku berpisah pergi jauh

Hati terpikat sebulan telah lalu

Tiba masanya akhir mu hiba kami

Terima salam ku di angin malam

Di rintik hujan membasahi bumi

Tiada bulan bintang menyaksikan

Di kala kami hendak pergi bermohon diri

Kenangan yang tidak mudah terlupakan

Malaya negeri yang cantik nian

Berdoa semoga berjumpa pula

Kenanglah kami dari jauh wahai Malaya

(Gambar hiasan dari seorang teman di FB)


Semoga terhibur...