Amaran
(sekadar mengisi masa lapang dan menyebarkan maklumat kepada orang yang ingin ambil tahu......)
Saturday, 10 July 2010
Berkelah Di Ulu Chepor, Chemor
Berkelah boleh merehatkan minda. Kali ini aku menuju ke Pusat Perkelahan Ulu Chepor, Chemor bersama teman sepejabat meraikan perpisahan bos.
Yang pastinya seronok di tempat - tempat macam nie, budak - budak le...
Salah satu hamper menjadi milik aku... Alhamdulillah
Makanan memang banyak disediakan
Hindari Sifat iri Hati Dan Dengki Dalam Diri
(sambungan)
Dalam bahasa Sanskrit orang-orang yang mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain disebut "Syamtah" yang bermaksud seseorang itu tidak rela melihat orang lain bahagia, dan suka melihat orang lain menderita, duka dan merana. Dalam hal ini Allah SWT telah menggambarkan sifat orang dengki melalui firmanNya di dalam Surah Ali Imran ayat 120 yang bermaksud,
Dalam Al-Quran Allah SWT turut menjelaskan tentang sifat dengki ini memang wujud dalam diri manusia. Kisah Habil dan Qabil, kisah Firaun, Iblis, Nabi Adam dan juga nabi - nabi yang lain.
Salah satu darinya ialah kisah dan sifat dengki saudara kandung Nabi Yusuf yang mengakibatkan kesusahan kepada saudara kandungnya sendiri. Allah telah menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam Surah Yusuf ayat 89 yang bermaksud,

"Bila kamu memperoleh kebaikan, maka hal itu menyedihkan mereka, orang yang ditimpa kesusahan maka gembira kerananya".
Dalam Al-Quran Allah SWT turut menjelaskan tentang sifat dengki ini memang wujud dalam diri manusia. Kisah Habil dan Qabil, kisah Firaun, Iblis, Nabi Adam dan juga nabi - nabi yang lain.
Salah satu darinya ialah kisah dan sifat dengki saudara kandung Nabi Yusuf yang mengakibatkan kesusahan kepada saudara kandungnya sendiri. Allah telah menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam Surah Yusuf ayat 89 yang bermaksud,
"Kisah bermula tatkala saudara - saudara berkata (sesama sendiri) "sesungguhnya Yusuf dan adiknya lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, pada hal kita ini satu kumpulan yang ramai dan berguna. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil dan nyata". Ramai di kalangan mereka berkata, bunuhlah Yusuf atau buanglah ia ke tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata - mata dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang yang baik dan berguna".
Stesen Keretapi Chemor
Tadi aku singgah di Stesen Keretapi Chemor untuk melihat perkembangan kerjatanah Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar. Aku malas nak tulis apa-apa...

Friday, 9 July 2010
Gerabak BCF
Gerabak BCF. BCF bermaksud Bogie Container Flat. Ianya berfungsi untuk membawa kontena sahaja.
Sejumlah 500 unit Gerabak BCF bernilai Rm62.9 juta dibina dan dibekalkan oleh MMC Engineering Services Sdn Bhd. Pembelian gerabak BCF ini adalah sebahagian daripada program pembangunan dan pemodenan Jabatan Perkhidmatan Barang KTMB.
Pindaan Perlawanan Persahabatan Pra - Musim
Perlawanan pra-musim pasukan Brighton mengalami sedikit perubahan.
Perlawanan menentang Whitehawk pada hari Selasa, 13 Julai 2010 akan berlangsung di Woodside Road, Worthing. Ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan padang Enclosed Ground (gelanggang sendiri pasukan Whitehawk), masih diteruskan.
Seterusnya perlawanan pasukan Brighton menentang pasukan Bognor Regis Town yang dijadualkan pada hari Jumaat, 16 Julai 2010 telah dipercepatkan masa sepakmula iaitu pada jam 1930 (7.30pm) GMT.

Ramai di kalangan manusia yang gagal untuk mengelakkan diri dari sifat dengki dan iri hati. Perasaan dengki mungkin timbul terhadap rakan yang baru dinaikkan pangkat, kepada jirannya yang mempunyai kereta baru, iri hati terhadap teman yang anaknya mendapat kelulusan yang terbaik dalam peperiksaan atau pelbagai perasaan dengki yang lain. Persoalannya mengapa sifat dengki ini sering menguasai diri manusia?
Rasa dengki atau iri hati ini sebenarnya timbul dalam diri seseorang apabila orang lain mendapat nikmat atau kelebihan tertentu. Apabila terdapatnya nikmat atau sesuatu yang menguntungkan, wujudlah dua sikap manusia:
Pertama, ia benci terhadap nikmat yang diterima oleh kawannya, dan apabila nikmat tersebut hilang dari diri rakannya. Sifat inilah yang dikatakan hasad dengki atau iri hati.
Kedua, seseorang itu tidak berniat untuk menghilangkan nikmat yang dikecapi oleh rakannya. Tetapi ia berusaha keras untuk memperolehi nikmat seperti itu, sifat ini disebut keinginan dan tidak berniat memusnahkan hak orang lain. Sifat yang kedua ini dibolehkan dalam Islam sedangkan sifat yang pertama dilarang oleh Islam.
(bersambung)

Wednesday, 7 July 2010
Forum Ketenteraan
Tuesday, 6 July 2010
Lengkungan (Curve)
dari hati kecil ini......
Pemenang Tilawah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 Tahun 2010
Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 (2010)
Johan Qari, Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Abdullah, 28 - Youtube BacaanNaib Johan Qari, Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali, 34
Tempat Ketiga Qari, Kedah, Othman Azumi Ahmad, 51
Johan Qariah, Johor, Nor Azrah Ayub, 32 - Youtube Bacaan
Naib Johan Qariah, Selangor, Nor Ruzana Natiah Jaafar, 27
Tempat Ketiga Qariah, Wilayah Persekutuan, Normalina Alias, 28
Semangat Kejiranan
Semangat kejiranan adalah satu semangat yang patut kita terap walau di mana jua kita berada. Tak kiralah samada di bandar mahupun di desa, semangat kejiranan perlu ada dalam diri seseorang baik masa suka ataupun duka.
Bertempat di Kampung Padang Cicar, Batu 7, Jalan Kroh, Baling pada 3 Julai yang lalu telah berlangsung Majlis Persandingan Ayu dan Epol. Suasana meriah kerana kehadiran hampir semua penduduk kampung, sama-sama bergotong royong menjayakan majlis ini.

Kaum ibu sedang menyediakan kerabu pucuk paku
Subscribe to:
Posts (Atom)