Monday 8 February 2021

Stesen Lama Dalam Kenangan (Bahagian 2)

Kenangan tak mungkin dapat dipisahkan. Begitulah juga diriku dengan beberapa buah stesen yang ada di dalam KTMB. Pernah menetap di kuarters KTM dan menaiki keretapi (relkar) antara Prai - Arau - Prai dan Seremban - Kuala Lumpur - Seremban adalah satu pengalaman berharga yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Jika pada Bahagian Pertama yang lalu, aku menyiarkan sebahagian gambar-gambar stesen keretapi yang lama bermula dari Stesen Butterworth sehingga ke Stesen Ipoh, untuk Bahagian Kedua ini ianya melibatkan stesen-stesen antara Stn Lahat sehingga Stn Kuala Lumpur Lama (KLO).

Seperti yang telah aku maklumkan seebelum ini, bahawa gambar-gambar itu bukan milik aku. Apabila aku terjumpa, aku simpan dan aku kongsikan bersama teman-teman di luar sana.

Semoga terhibur....





Sunday 7 February 2021

Peluang Kerjaya Bersama Bank Simpanan Nasional (BSN)

 


Dari Majalah Jajaran. Kenali Stesen Anda - Stesen Kuala Kangsar





 

Stesen Lama Dalam Kenangan (Bahagian 1)

Tiada yang baru jika tiada yang lama. Demikian jugalah tentang pembangunan sesebuah stesen atau perhentian keretapi yang terdapat negara ini.

Pada Bahagian Pertama ini, aku siarkan sebahagian gambar-gambar stesen keretapi yang lama bermula dari Stesen Butterworth sehingga ke Stesen Ipoh.

Ingin aku nyatakan di sini bahawa gambar-gambar itu bukan milik aku. Apabila aku terjumpa, aku simpan dan aku kongsikan bersama teman-teman di luar sana.















Sengaja aku tidak menamakan stesen-stesen itu dan aku siarkan secara tidak tersusun mengikut stesen yang mula-mula.

Sehingga bertemu di Bahagian Kedua dalam siri Stesen Lama Dalam Kenangan.