Thursday, 14 May 2026

KESEPIAN

 KESEPIAN

Doa ku dinda
Semoga kau bahagia
Ku berada di rantau dinda
Kesepian

Berilah khabar
Untuk menyirami jiwa
Surat mu kan ku sanjung dinda
Sentiasa


Kau ziarahi lah
Tempat kita bertemu
Semoga menghilang rindu
Andai kita tak lagi bertemu
Dengar kanlah rayuan ku

Doa ku dinda
Agar bertemu semula
Tercapai segala cita dinda
Selamanya 

STESEN KOMUTER SEGAMBUT UTARA

Alhamdulliah... sebuah lagi stesen komuter telah beroperasi iaitu STESEN KOMUTER SEGAMBUT UTARA.

Semoga dengan adanya stesen komuter yang baharu ini memberi manfaat kepada penduduk setempat.

 






Sumber gambar daripada pelbagai laman sesawang dan dari Facebook KTM Berhad.

TINGGALKAN DOAMU

 

TINGGALKAN DOA MU

 

Sungguh jauh dikau pergi

Hilang sudah tak bertemu lagi

Tinggal daku kini sendiri

Tangis dara di dalam hati

 

Mengapa ini terjadi

Tiada terduga di dalam hati

Kau pergi lupakan janji

Mana kasih yang abadi

 

Jangan dikau pergi

Pulang segera membawa harapan

Semoga mekar di hati

Membawa senyuman

 

Utus kasih curahkan di hati

Ingin daku berjumpa dengan mu

Tak sanggup daku kini lagi

Menanggung jiwa nan rindu….

Friday, 19 December 2025

Seribu Janji

 Seribu Janji

Kau berjanji pada bulan pada bintang
Kau berjanji akan datang esok malam
Kau berjanji pada bunga dalam taman
Mawar ayu kan ku petik bagi Puan

Hatiku sedang berlabuh
Menjelang kasih asmara dirimu
Namun dikau mengapa tak kunjung datang
Mawar lalu aku rindu pada Puan....

Wednesday, 29 January 2025

Gambar Lama

Gambar Lama

Salam Sejahtera dan apa khabar semua? Harapan aku agar kalian di luar sana semuanya okay.

Malam ini aku ingin kongsikan beberapa gambar lama yang aku perolehi sewaktu aku mencari maklumat tentang keretapi.



Harapan aku agar kalian di luar sana mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang stesen keretapi pada zaman dahulu.

Bye.

Sengsara

 Sengsara

Ku dalam kesepian
Hilang sudah harapan bahagia
Yang ku rindu menghilang
Tiada pun khabar berita
Mana dapat ku cari
Suara merdu dan madah yang indah
Sopan santun berbudi
Kasih ku jadi bertambah
Sungguh sampai hatimu
Kini hidupku sengsara
Ingatan ku padamu
Tak mungkin dapat ku lupa
Ku dalam kesepian
Pada siapa kasih ku curahkan
Apa ini suratan
Aku telah di takdirkan
Sungguh sampai hatimu
Kini hidupku sengsara
Ingatan ku padamu
Tak mungkin dapat ku lupa
Ku dalam kesepian
Pada siapa kasih ku curahkan
Apa ini suratan
Aku telah di takdirkan

Wednesday, 14 August 2024

Stesen Dan Perhentian Keretapi Berubah Tempat

Stesen Dan Oerhentian Keretapi Berubah Tempat.
 
Dalam meneruskan pencarian tentang stesen dan perhentian keretapi yang lama atau yang baru, aku terjumpa dengan beberapa stesen atau perhentian yang kedudukannya berubah disebabkan oleh beberapa perkara.

Mungkin ianya tidak dapat dielakkan atau mungkin penumpang keretapi tidak selesa sewaktu hendak turun atau menaiki tren. Ada juga stesen atau perhentian yang berubah tempat kerana telah dibina lintasan rata berhampiran dengan stesen atau perhentian itu.

Antara stesen dan perhentian yang berubah tempat adalah Perhentian Londah, Perhentian Jerek Baru, Perhentian Petaling Jaya, Stesen Batang Melaka, Stesen Bagan Serai dan banyak lagi.

Nanti aku kongsikan dalam sedikit masa lagi ....
Tunggu......