Tuesday 12 January 2021

Piala FA England - Pusingan Keempat

Kelab Brighton & Hove Albion diundi menentang pasukan dari Liga Kejuaraan, Blackpool dalam Pusingan Keempat Piala FA England. Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada 23 Januari 2021 di Stadium Falmer.

Undian Piala FA Pusingan Keempat dan Pusingan Kelima


Terdahulu, kelab Brighton & Hove Albion mencatat kejayaan yang kurang memberansangkan apabila memerlukan sepakan penalti tambahan untuk menyingkirkan cabaran kelab dari Liga EPL Bahagian Dua (divisyen empat), Newport County. Selepas perlawanan sepenuh masa dan masa tambahan berakhir dengan 1-1, penentuan sepakan penalti berakhir dengan kemenangan untuk The Seagulls 4-3

Sekiranya pasukan Brighton & Hove Albion meneruskan prestasi yang buruk semacam ini, pastinya musim akan datang mereka akan bermain dalam Liga Kejuaraan.