Friday 26 February 2010

Signboard Part 14

Siri signboard ini kali terakhir disiarkan pada 15 September 2009 dengan tajuk Signboard Part 13. Pada siri kali ini, aku suka untuk berkongsi dengan kalian gambar - gambar yang aku rakam sendiri.

Moga kalian terhibur.

Thursday 25 February 2010

Jadual Perjalanan Berkuatkuasa 10hb April 1993

Di atas adalah jadual perjalanan tren yang dicetak dalam saiz A-4. Ianya kemudian dilipat tiga.

Antara lain isi kandungan leaflet ini:

Jadual sektor utara.
1. XSP/4 - Kuala Lumpur (Berlepas 0820H) ke Butterworth (Tiba 1540H).
2. M/52 - Kuala Lumpur (0900H) ke Butterworth (1900H) .
3. ER/2 - Kuala Lumpur (1510H) ke Butterworth (2220H).
4. EL/8 - Kuala Lumpur (2000H) ke Padang Besar (0715H). <-- Larian tren hingga ke Padang Besar sahaja. Tren tidak singgah di Butterworth.
5. EE/54 - Kuala Lumpur (2125H) ke Butterworth (0650H).
6. SM/10 - Kuala Lumpur (2245H) ke Butterworth (0715).
7. ER/1 - Butterworth (0730H) ke Kuala Lumpur (1425H).
8. M/51 - Butterworth (0830H) ke Kuala Lumpur (1805H).
9. XSP/3 - Butterworth (1330H) ke Kuala Lumpur (2120H).
10. EL/7 - Padang Besar (1700H) ke Kuala Lumpur (0725). <-- Tren dilarikan dari Padang Besar. Tren tidak singgah di Butterworth.
11. EE/53 - Butterworth (2040H) ke Kuala Lumpur (0610H).
12. SM/9 - Butterworth (2230H) ke Kuala Lumpur (0645H).
13. IE/48 - Butterworth (1320H) ke Bangkok (0935H).
14. IE/49 - Bangkok (1615H) ke Butterworth (1240H).
15. B/72 - Butterworth (0745H) ke Arau (1115H).
16. B/73 - Arau (1740H) ke Butterworth (2105H).

Jadual sektor selatan.
1. XSP/5 - Kuala Lumpur (0805H) ke Singapura (1600H).
2. M/57 - Kuala Lumpur (0850H) ke Singapura (1850H).
3. ER/1 - Kuala Lumpur (1445H) ke Singapura (2235H).
4. EE/59 - Kuala Lumpur (2100H) ke Singapura (0655H).
5. SM/11 - Kuala Lumpur (2245H) ke Singapura (0725H).
6. ER/2 - Singapura (0730H) ke Kuala Lumpur (1450H).
7. M/58 - Singapura (0830H) ke Kuala Lumpur (1905H).
8. XSP/6 - Singapura (1330H) ke Kuala Lumpur (2110H).
9. EE/60 - Singapura (2000H) ke Kuala Lumpur (0615H).
10. SM/12 - Singapura (2300H) ke Kuala Lumpur (0710H).
11. Tren No. 65 - Gemas (0600H) ke Singapura (1125H).
12. Tren No. 66 - Singapura (1145H) ke Kluang (1405H).
13. Tren No. 67 - Kluang (1420H) ke Singapura (1650H).
14. Tren No. 68 - Singapura (1720H) ke Gemas (2230H).

Jadual sektor pantai timur.
1. XST/14 - Singapura (0810H) ke Tumpat (2035H).
2. XST/15 - Tumpat (0800H) ke Singapura (2035H).
3. Tren Sumpitan Emas No. 82 - Gemas (0215H) ke Tumpat (1255H).
4. Tren Sumpitan Emas No. 81 - Tumpat (1410H) ke Gemas (0030H).

Tren Sumpitan Emas ini adalah gabungan daripada Tren Ekonomi Malam. Apabila Tren Ekonomi Malam dari Kuala Lumpur dan Singapura tiba di Stesen Gemas, sebahagian daripada jajaran tren itu akan diputuskan dan disambung menjadi jajaran untuk Tren Sumpitan Emas. Begitu juga dengan jajaran Tren Sumpitan Emas ini. Apabila tiba di Gemas, ianya akan diputuskan menjadi tiga jajaran. Biasanya dua atau tiga koc akan disambungkan dengan Tren EE/59 dan EE/60. Baki tiga koc lagi akan dibersihkan sementara menanti ketibaan tren ekonomi malam tersebut.

Berikut adalah jadual ketibaan Tren EE/59, EE/60 dan Sumpitan Emas 81 di Stesen Gemas.
1. Tren Ekonomi Malam ke Singapura tiba di Gemas jam 0134H.
2. Tren Ekonomi Malam ke Kuala Lumpur tiba di Gemas jam 0105H.
3. Tren Sumpitan Emas dari Tumpat tiba di Gemas jam 0030H.

Kebiasaannya, ketiga - tiga tren tersebut akan berlepas serentak apabila selesai kerja - kerja penyambungan. Jika ada salah satu tren yang lambat tiba di Gemas, bermakna tren yang lain juga akan mengalami kelewatan. Selalunya, tren Sumpitan Emas yang tiba lewat!

Itulah adanya serba sedikit tentang jadual perjalanan tren ini.

Wednesday 24 February 2010

Charlton Athletic..1 Brighton..2

Tiga mata berharga dapat dipungut oleh pasukan Brighton dalam kunjungan ke The Valley apabila menumpaskan pasukan tuan rumah Charlton Athletic 2 - 1 dalam perlawanan Liga Coca Cola Bahagian Satu yang berlangsung pada 23 Feb yang lalu.

Gol pasukan Brighton adalah hasil jaringan Inigo Calderon (minit ke-36) dan Elliott Bennett (minit ke-78).

Pengurus pasukan, Gus Poyet telah membuat dua pertukaran daripada kesebelasan utama yang seri 1 - 1 ketika menentang Leeds United pada hari Sabtu lepas.

Nicky Forster kembali menguatkan jentera serangan, menggantikan Glenn Murray yang mengalami demam. Adam El-Abd juga bermain buat pertama kali sejak mengalami kecederaan pada bulan Disember, menggantikan Adam Virgo yang digantung perlawanan di bahagian pertahanan.

Sementara itu, pemain muda Steve Cook disenaraikan sebagai pemain simpanan buat pertama kalinya musim ini, dan Jimmy McNutty turut tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramai 17,508 penonton melihat pasukan Charlton rebah di gelanggang sendiri. Dengan keputusan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke 18 liga dengan memungut 34 mata daripada 32 perlawanan.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro, Dicker, LuaLua (Hart 71); Forster Holroyd 57). Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), McNulty, Cook, Carole, Hoyte.

Sunday 21 February 2010

Leeds United..1 Brighton..1

Harapan Brighton untuk mengejutkan pasukan Leeds United di Ellands Road musnah apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol penyamaan dalam minit terakhir masa kecederaan.

Dalam perlawanan yang menarik semalam, Glenn Murray memberikan gol buat Brighton melalui sepakan penalti dalam minit ke - 77. Sungguhpun begitu, pemain pertahanan Adam Virgo telah dilayangkan kad merah pada minit ke - 80.

Gus Poyet membuat dua perubahan daripada kesebelasan utama yang tewas kepada Norwich City minggu lepas, dengan menurunkan Peter Brezovan menggantikan Michel Kuipers sebagai penjaga gol. Gary Dickers juga diturunkan bagi menguatkan jentera di bahagian tengah, dengan Chris Holroyd kembali ke bangku pemain simpanan.

Sementara itu, Nicky Forsters tersenarai sebagai pemain simpanan.

Seramai 24,120 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini.

Walaupun mencatat keputusan seri dan memungut satu mata, kedudukan Brighton dalam Liga Coca Cola Bahagian Satu ini terus merosot. Kini Brighton menduduki tangga ke 22 dengan mengutip 31 mata dan berada dalam bahaya untuk diturunkan ke Liga Coca Cola Bahagian Dua musim akan datang.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, Elphick, Virgo, Painter; Bennett (Hart 56), Dicker, Crofts, Navarro, LuaLua (El-Abd 82); Murray. Pemain simpanan yang lain: Kuipers (GK), Forster, Carole, Hoyte, Holroyd.