Sunday 24 March 2024

PERHENTIAN CHANIH

Jadual Perjalanan Keretapi No. 419 dan 420 Tahun 1953

Berikut adalah jadual perjalanan Tren No. 419 dari Krai ke Gua Musang dan Tren No. 420 dari Gua Musang ke Krai.

Apa yang menarik dalam jadual tersebut adalah tercatat sebuah perhentian yang dikenali sebagai PERHENTIAN CHANIH. Kalian tahu lokasi sebenar PERHENTIAN CHANIH ini?

Beberapa Penemuan Baru

BEBERAPA PENEMUAN BARU

Dalam menyelongkar dunia tanpa sempadan, beberapa penemuan baru dalam sejarah keretapi di Malaysia telah aku perolehi.

Penemuan yang tidak disengajakan ini telah membuatkan aku terpaksa membuat kemaskini dalam Senarai Stesen Dan Perhentian KTMB yang telah aku wujudkan sejak tahun 1995.

Berikut adalah beberapa penemuan yang telah aku perolehi.

1. Stesen Simpang Lahat (Lahat Junction) dan  Stesen Lahat (Town).

2. Stesen Bukit Palong.

3. Perhentian Rawang Road. 

Apa yang aku harapkan adalah akan ada lebih banyak penemuan dalam dunia keretapi di Malaysia agar ianya dapat aku kongsi bersama kalian.

KTM - Tetap Dihati

Brighton & Hove Albion FC

Brighton & Hove Albion FC

Hello. Apa khabar? Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Harapnya cuaca panas yang sedang melanda beberapa buah negeri di Malaysia ketika ini tidak menghalang daripada kalian menyempurnakan Rukun Islam Yang Ketiga ini. Masa berlalu begitu pantas dan hari ini sudah hampir separuh bulan Ramadan kita lalui.

Pencapaian pasukan Brighton & Hove Albion sejak akhir-akhir ini amatlah kurang memberansangkan. Beberapa kekalahanan menyaksikan pasukan Brighton tersingkir dari saingan Piala FA England, terkeluar daripada meneruskan saingan dalam Liga Eropah dan kini sekadar menduduki tangga ke lapan dalam carta Liga Perdana Inggeris.

Berikut adalah keputusan semasa pasukan Brighton & Hove Albion. Untuk keputusan yang terdahulu boleh rujuk di sini.
Perlawanan 24. 10 Februari 2024. Tottenham Hotspur 2-1 Brighton.
Perlawanan 25. 18 Februari 2024. Sheffield United 0-5 Brighton.
Perlawanan 26. 24 Februari 2024. Brighton 1-1 Everton.
Perlawanan 27. 2 Mac 2024. Fulham 3-0 Brighton.
Perlawanan 28. 10 Mac 2024. Brighton 1-0 Nottingham Forest.

Kedudukan semasa Liga Perdana Inggeris Musim 2023/24.


Perlawanan seterusnya.
Perlawanan 29. 31 Mac 2024. Liverpool lawan Brighton.

Piala Liga Inggeris (Piala Carabao)
Perlawanan Pusingan Ketiga. 27 September 2023. Chelsea 1-0 Brighton.Terkeluar dari saingan Piala Carabao musim ini.

Piala FA England
Perlawanan Pusingan Ketiga. 5 Januari 2024. Stoke City 2-4 Brighton.
Perlawanan Pusingan Keempat.  27 Januari 2024. Sheffield United 2-5 Brighton.
Perlawanan Pusingan Kelima. 28 Februari 2024. Wolverhampton Wanderers 1-0 Brighton. Terkeluar dari saingan Piala FA England musim ini.

Liga Eropah
Perlawanan Pertama Saingan 16 Terakhir. 8 Mac 2024. Roma (Itali) 4-0 Brighton.
Perlawanan Kedua Saingan 16 Terakhir. 15 Mac 2024. Brighton 1-0 Roma (Itali). Aggregat 1-4 dan terkeluar dari saingan Liga Eropah.

Apapun keputusan yang berlaku, aku doakan agar pasukan Brighton & Hove Albion ini kembali mencapai kemenangan dalam perlawanan akan datang.
Selamat Maju Jaya kepada pasukan Brighton & Hove Albion.