Showing posts with label keretapi. Show all posts
Showing posts with label keretapi. Show all posts

Thursday, 14 May 2026

STESEN KOMUTER SEGAMBUT UTARA

Alhamdulliah... sebuah lagi stesen komuter telah beroperasi iaitu STESEN KOMUTER SEGAMBUT UTARA.

Semoga dengan adanya stesen komuter yang baharu ini memberi manfaat kepada penduduk setempat.

 






Sumber gambar daripada pelbagai laman sesawang dan dari Facebook KTM Berhad.

Wednesday, 29 January 2025

Gambar Lama

Gambar Lama

Salam Sejahtera dan apa khabar semua? Harapan aku agar kalian di luar sana semuanya okay.

Malam ini aku ingin kongsikan beberapa gambar lama yang aku perolehi sewaktu aku mencari maklumat tentang keretapi.



Harapan aku agar kalian di luar sana mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang stesen keretapi pada zaman dahulu.

Bye.

Wednesday, 14 August 2024

Stesen Dan Perhentian Keretapi Berubah Tempat

Stesen Dan Oerhentian Keretapi Berubah Tempat.
 
Dalam meneruskan pencarian tentang stesen dan perhentian keretapi yang lama atau yang baru, aku terjumpa dengan beberapa stesen atau perhentian yang kedudukannya berubah disebabkan oleh beberapa perkara.

Mungkin ianya tidak dapat dielakkan atau mungkin penumpang keretapi tidak selesa sewaktu hendak turun atau menaiki tren. Ada juga stesen atau perhentian yang berubah tempat kerana telah dibina lintasan rata berhampiran dengan stesen atau perhentian itu.

Antara stesen dan perhentian yang berubah tempat adalah Perhentian Londah, Perhentian Jerek Baru, Perhentian Petaling Jaya, Stesen Batang Melaka, Stesen Bagan Serai dan banyak lagi.

Nanti aku kongsikan dalam sedikit masa lagi ....
Tunggu......
 


Sunday, 24 March 2024

PERHENTIAN CHANIH

Jadual Perjalanan Keretapi No. 419 dan 420 Tahun 1953

Berikut adalah jadual perjalanan Tren No. 419 dari Krai ke Gua Musang dan Tren No. 420 dari Gua Musang ke Krai.

Apa yang menarik dalam jadual tersebut adalah tercatat sebuah perhentian yang dikenali sebagai PERHENTIAN CHANIH. Kalian tahu lokasi sebenar PERHENTIAN CHANIH ini?

Beberapa Penemuan Baru

BEBERAPA PENEMUAN BARU

Dalam menyelongkar dunia tanpa sempadan, beberapa penemuan baru dalam sejarah keretapi di Malaysia telah aku perolehi.

Penemuan yang tidak disengajakan ini telah membuatkan aku terpaksa membuat kemaskini dalam Senarai Stesen Dan Perhentian KTMB yang telah aku wujudkan sejak tahun 1995.

Berikut adalah beberapa penemuan yang telah aku perolehi.

1. Stesen Simpang Lahat (Lahat Junction) dan  Stesen Lahat (Town).

2. Stesen Bukit Palong.

3. Perhentian Rawang Road. 

Apa yang aku harapkan adalah akan ada lebih banyak penemuan dalam dunia keretapi di Malaysia agar ianya dapat aku kongsi bersama kalian.

KTM - Tetap Dihati

Tuesday, 9 January 2024

Sistem KTM Komuter Selatan

Sistem KTM Komuter Selatan
 
Nampaknya semakin banyak perancangan telah dibuat oleh Kerajaan Malaysia / Kerajaan Negeri Johor dalam mengurangkan kesesakan jalanraya di Bandaraya Johor Bahru.

Apa yang hendak aku kongsi pada kalian tentang peta jajaran cadangan laluan KTM Komuter Selatan yang pernah aku baca beberapa ketika dahulu.


Apa pendapat kalian tentang cadangan itu?
 
Rujukan:

Sunday, 3 December 2023

Nama Lama Dan Nama Baru

Nama Lama dan Nama Baru
 
Lanjutan daripada hantaran yang bertajuk nama tempat (siaran pada 28 Oktober 2009) dan nama lama dan nama baru (siaran pada 29 April 2022), terdapat beberapa maklumat tambahan yang aku rasa perlu untuk dikongsi bersama.
 
Rujuk kepada hantaran bertajuk nama tempat (siaran pada 28 Oktober 2009).
 
1. Ayer Hitam dan Serting Baru adalah dua tempat yang berbeza berdasarkan kepada:
 
a. Nombor kod Stesen Air Hitam adalah 62500 manakala nombor kod Perhentian Serting adalah 62400.
 
b. Peta di bawah.

2. Penukaran nama Stesen Kreh kepada Stesen Tasek Gelugor.
 
3. Penukaran nama Stesen Merbau kepada Stesen Sungei Lallang dan Stesen Sungei Lallang kepada Stesen Pulau Tiga.

Rujuk kepada hantaran bertajuk nama lama dan nama baru (siaran pada 29 April 2022).
 
1. Stesen Rantau Panjang (Kelantan) berlainan dengan Perhentian Rantau Panjang (Selangor). Perhentian Rantau Panjang (Selangor) kemudiannya diubah nama menjadi Perhentian Parit Chabang.

Begitu juga berlaku perubahan ke atas nama Stesen Sungei Dua. Asal namanya ini adalah Perhentian Sedanan. Perhentian ini dinaiktaraf menjadi sebuah stesen pada 1 Mac 1921 menjadi Stesen Sedanan.

Stesen Sedanan ini telah ditukar nama menjadi Stesen Sungei Dua pada 1 Ogos 1921.

Satu lagi perkara menarik yang aku ingin kongsi bersama kalian di luar sana tentang nama Stesen Kampar. Asal nama stesen ini adalah Stesen Membang-di-Awan. Akan tetapi, aku belum menemui apa-apa dokumen atau peta yang ada tertulis nama Stesen Membang-di-Awan ini.
 
Perlu juga diketahui bahawa terdapat beberapa stesen dan perhentian yang sering berubah tempat. Aku akan kongsikan lagi pada hantaran akan datang.

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku dalam meneruskan kajian tentang keretapi di Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga kepada Arkib Negara Malaysia yang menyediakan begitu banyak dokumen-dokumen lama untuk aku membuat perbandingan.
 
Sehingga ketemu di lain kesempatan.

Sunday, 19 November 2023

Tahukah Anda?

Tahukah anda bahawa suatu masa dahulu terdapat sebuah perhentian atau halt yang bernama PERHENTIAN PULAU KRINA?

Perhentian ini terletak di antara Perhentian Sibar dan Perhentian Tanjung Sekawin dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Stesen berhampiran arah utara adalah Stesen Kuala Lipis manakala stesen berhampiran arah selatan adalah Stesen Kerambit.

Jarak perhentian ini dari Stesen Gemas adalah sejauh 136 batu atau 219.09 kilometer.

Tidak diketahui bila perhentian ini mula beroperasi tetapi ianya ditutup pada 15 September 1920.

Monday, 21 August 2023

Perhentian Ayer Kroh (Negeri Sembilan)

Dalam aku meneruskan kajian tentang tarikh buka dan tutup sesebuah stesen atau perhentian, aku jadi terdiam seketika apabila aku menemui sebuah perhentian bernama AYER KROH dalam Negeri Sembilan.

Belum pernah aku terbaca tentang wujudnya mahupun lokasi yang tepat tentang duduk letaknya perhentian itu.

Perhentian AYER KROH ini beroperasi tidak lama tanpa aku tahu sebab ianya ditutup.

Mengikut catatan dalam Laporan Tahunan Malayan Railways Tahun 1930, perhentian ini telah dibuka pada 1 September 1930.

Walau bagaimanapun, perhentian ini telah ditutup pada 5 Oktober 1931.

Kalian tahu di manakah letaknya perhentian ini? 

Kemaskini Laluan Ipoh - Tronoh

Aku tahu ramai yang masih mencari maklumat tentang laluan dari Ipoh ke Tronoh. Kalian boleh mencarinya di https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers dan masukkan maklumat yang hendak dicari dalam ruangan 'Enter Search Keywords' dan kemudian tekan butang kanta. Kemudian akan tersenarai semua apa yang kalian ingin cari dan teruskan untuk mencari maklumat.

Yang ingin aku kongsikan dengan kalian adalah senarai terkini tentang laluan Ipoh – Tronoh / Tronoh Mines yang agak sukar untuk kalian perolehi di mana-mana.

MILES

TT

NAME OF STATION, HALT, CABIN, SIDING, GATE etc

 

 

 TRONOH BRANCH LINE

0m 00ch

 

Ipoh

 

0/9

Jalan Connolly Gate

 

 

Falim Depot

1m

 

Pumpun – Perhentian ini dibuka dalam tahun 1920 dan ditutup pada 20 April 1931. Pada tarikh yang sama, tapak perhentian dialihkan dan diberi nama baru iaitu FALIM.

1m 51ch

 

Gate for Mines Quarries

2m 52ch

 

Menglembu Gate

2m 93ch

 

Menglembu

4m 86ch

 

Lahat Town

7m 78ch

 

Papan

8m 84ch

 

Pusing

9m 02ch

 

Pusing Gate

9m 24ch

 

Gate for Mines

11m 20ch

 

Cattle Ranch Gate

11m 28ch

 

Siputeh

11m 72ch

 

Siputeh Gate

11m 74ch

 

Gate for Cattle Sheds

12m 20ch

 

Yukon Gold Company Siding

12m 53ch

 

Gate for Mines

13m 11ch

 

Gate for Mines

13m 58ch

 

Gate for Mines

14m 33ch

 

Gate for Mines

14m 66ch

 

Tronoh Gate

14m 77ch

 

Tronoh

15m 20ch

 

Gate of Residence Manager of Tronoh Mines

15m 77ch

 

Tronoh Mines

 

 

 

Sekadar untuk berkongsi maklumat untuk kebaikan semua.