Nama Lama dan Nama Baru
Dalam aku mengemaskini senarai nama stesen dan perhentian yang pernah ada dalam perkhidmatan keretapi di Semenanjung Malaysia, kerapkali aku terkeliru tentang nama sesebuah tempat.
Ini berlaku apabila timbul dua atau tiga nama pada sesebuah tempat yang sama tetapi mempunyai jarak yang berbeda yang kecil antara satu sama yang lain.
Terdapat juga kadangkala stesen atau perhentian yang mempunyai nama yang sama di dua lokasi yang berlainan.
Mujur akan kerap membuat rujukan dengan Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta tentang perkara itu. Juga aku sering berhubung dengan Perpustakaan Akademi KTMB (MyRA) di Batu gajah, Perak untuk mendapatkan salinan dokumen yang diperlukan.Tak kurang juga sokongan dari teman-teman yang memang 'pakar' dalam sejarah keretapi ni.
Peta-peta lama juga banyak membantu dalam menyelesaikan beberapa kekeliruan. Sehingga ke hari ini, ada juga nama stesen atau perhentian yang masih belum aku ketahui akan duduk lokasinya yang sebenar.
Aku kongsikan bersama kalian sebahagian daripada hasil yang aku perolehi dalam mencari lokasi nama stesen dan perhentian yang pernah ada dalam FMSR, MR, KTM dan KTMB:
1. Stesen Pelabuhan Klang Pusat adalah sama dengan Stesen Jalan Kastam
2. Stesen Batu Anam (Johor) tidak sama dengan Perhentian Batu Enam (Kelantan)
3. Perhentian Naga adalah sama dengan Perhentian Sungai Korok
4. Stesen Rantau Panjang (Kelantan) berlainan dengan Perhentian Rantau Panjang (Selangor)
5. Stesen Port Dickson Baharu adalah sama dengan Stesen Tapis Minyak
6. Stesen Sungei Teku juga sama dengan Stesen Bukit Abu
7. Perhentian Kempas berlainan dengan Stesen Kempas kerana lokasi tidak sama.
8. Stesen Slim River berubah lokasi beberapa kali.
9. Stesen Tasek berubah lokasi beberapa kali.
10. Stesen Nipis (Kelantan) lokasi sebenar tidak diketahui.
11. Stesen Hulu Tembeling (Pahang) lokasi sebenar tidak diketahui dan dipercayai di laluan asal sebelum dibina lencongan yang ada sekarang. Sebagai ganti diwujudkan Perhentian Tembeling.
Jika teman-teman di luar sana ada apa-apa info yang boleh dikongsi bersama, sila maklum kepada saya untuk kebaikan bersama.
No comments:
Post a Comment