Thursday 21 March 2013

Senarai Stesen Dan Perhentian

Sebaik sahaja aku menyambung kembali menulis di blog ini, ada yang bertanyakan kepada aku tentang senarai terkini stesen dan perhentian keretapi yang pernah beroperasi di sepanjang laluan dalam Jajaran KTMB (dahulu KTM).

Senarai yang ada pada aku masih dalam proses suntingan kerana ada beberapa fakta yang masih perlu disemak.

Jika kalian berminat dengan KTM / KTMB, bolehlah dapatkan di sini. Aku juga mendapat panduan dari situ sebelum mengemaskini fakta yang ada pada aku. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat tentang keretapi di Sabah dan Sarawak pula, boleh dapatkannya di sini.

Aku harap dengan sedikit maklumat ini dapat membantu tugas-tugas kalian dalam mengemaskini tentang apa jua berkaitan dengan stesen dan perhentian keretapi di Malaysia.

Bagi kalian yang ingin mendapatkan senarai yang sedang aku kemaskinikan, boleh hubungi aku.

Merindu Dari Kejauhan

Aku menjadi semakin sedih bila mengenang kembali sejarah yang silam. Bukan ingin menyalahkan Takdir yang telah menimpa aku, tetapi sekadar ingin menoleh sejenak kebelakangan.

Fikiran aku mula terganggu bila terdengar Lagu Joget Terengganu. Kemudian perasaan menjadi sedih bila terdengar pula Lagu Kerabu Pucuk Paku.

Bila fikiran dah sampai di Kuala Berang, ianya akan menyusuri jalan menuju ke Ajil, Wakaf Tapai, Kampung Bukit Kuang seterusnya ke Kampung Bukit Pauh.
 
Tiba-tiba muncul kembali satu persatu wajah Penawar Rindu, Manjalara, Lestari Jingga dan banyak lagi.

Kenapa dengan dia? Aku sekadar ingin mendoakan agar dia dan keluarga sentiasa mendapat perlindungan dari Ilahi.

Aku sekadar merindu dari kejauhan............

Mengapa

mengapa lagu memuja selalu
mengapa irama bernada rindu
nan menjelma ilham padaku
menggetarkan jiwa nan dendam

mengapa insan ada bercinta
mengapa jiwa dapat terpesona
dan menjelma rasa sayangku
nan tak kan mudah lenyap hilang

tetapi sayang 
setiap insan berlainan pandangan
bertukar corak 
mencari bahagia

mengapa dendang tidak gembira
mengapa seloka tidak bernada
umpama irama dan lagu
nan senantiasa bersatu...


p/s
Pepagi ini fikiran aku jauh melayang ke sebuah tempat bernama Kampung Bukit Pauh. Mengapa???

Wednesday 20 March 2013

Jelajah Arau


Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Alhamdulillah ... akhirnya aku dapat juga mengemaskini blog ini pada ketika ini. Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang hampir dua bulan aku menyepi. Tetapi tak apalah....

Terima kasih kepada kalian yang masih setia menjenguk ke blog ini walaupun sudah agak lama ianya tidak menyediakan bahan-bahan menarik untuk ditatap.

Kita jumpa lagi selepas ini.
Wassalam....