Thursday, 21 March 2013

Senarai Stesen Dan Perhentian

Sebaik sahaja aku menyambung kembali menulis di blog ini, ada yang bertanyakan kepada aku tentang senarai terkini stesen dan perhentian keretapi yang pernah beroperasi di sepanjang laluan dalam Jajaran KTMB (dahulu KTM).

Senarai yang ada pada aku masih dalam proses suntingan kerana ada beberapa fakta yang masih perlu disemak.

Jika kalian berminat dengan KTM / KTMB, bolehlah dapatkan di sini. Aku juga mendapat panduan dari situ sebelum mengemaskini fakta yang ada pada aku. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat tentang keretapi di Sabah dan Sarawak pula, boleh dapatkannya di sini.

Aku harap dengan sedikit maklumat ini dapat membantu tugas-tugas kalian dalam mengemaskini tentang apa jua berkaitan dengan stesen dan perhentian keretapi di Malaysia.

Bagi kalian yang ingin mendapatkan senarai yang sedang aku kemaskinikan, boleh hubungi aku.

No comments:

Post a Comment