Lanjutan daripada program mengumpul dana 1 kaki persegi = RM 30.00, rasa sedih dah pilu mula menyelubungi sewaktu aku bertandang ke sana minggu lepas.
Yang tinggal hanyalah pejbat tempat Ayah dan Abi menguruskan serba serbi perkara berkaitan dengan anak - anak di Bait Al-Amin.
Abi melayan anak - anak sewaktu makan tengahari.
Ini terjadi kerana kekurangan ruang untuk menempatkan kerusi dan meja.
Syukurlah dengan apa yang dapat aku sumbangkan sedikit buat Bait Al-Amin hari ini. Esok lusa aku akan berkunjung lagi. Aku juga tergolong dalam kategori mereka kerana aku tidak mempunyai emak tersayang.
Bersama - samalah kita membantu mereka yang memerlukan.