Sunday 19 July 2009

Perlawanan Pra-Musim 2

Siri perlawanan persahabatan sebelum liga bermula diteruskan lagi. Pada 15 Julai 2009 yang lalu, pasukan Brighton & Hove Albion bertandang pula ke Woodside Road untuk menentang pasukan tuan rumah, Worthing Albion.

Perlawanan berkesudahan seri 1 - 1 dengan gol tunggal Brighton dijaringkan oleh Jamie Smith pada minit ke-28 separuh masa pertama.

Turut bermain pada hari ini adalah David Livermore selepas sembuh daripada kecederaam lulut. Brighton juga menurunkan lima pemain percubaan iaitu Joe McLenan, Jamie Smith, Damien Mozika, Rhys Jones dan Berlin Nlome-Ndebi.

Pemain yang turun ke padang: (4-4-2) Pelling (Walker 45); Ide (Strong 45), Cooper, Cook, Livermore (James Smith 59); McLenan (Brinkhurst 63), Jamie Smith, Mozika (Wilkins 75), Jones (Thomson 65); Barker (Hayward 87), Nlome-Ndebi.

No comments:

Post a Comment