Saturday 28 January 2012

Siaran Langsung Di Astro

Ahad 29 Januari 2012

Piala FA Inggeris Pusingan Keempat
BRIGHTON & HOVE ALBION lwn NEWCASTLE UNITED
STAR SPORTS (CH813) & ESPN HD (CH832) 1.10 pagi SECARA LANGSUNG

--------------------------

Sunday 29 January 2012

English FA Cup 4th Round
BRIGHTON & HOVE ALBION vs NEWCASTLE UNITED
STAR SPORTS (CH813) & ESPN HD (CH832) 1.10 am LIVE

Jawatan Kosong - Technical Assistant (Signal & Comm)

Kepada kalian yang berkelayakan dan masih lagi mencari pekerjaan, KTMB menawarkan jawatan kosong sebagai Pembantu Teknikal (Signal & Komunikasi). Bagi yang berminat, sila klik. Jangan tunggu lama - lama kerana tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Februari 2012.

Lagu Dalam Kenangan

Alhamdulillah... ramai yang katakan pada aku bahawa mereka dah jumpa apa yang mereka cari selama ini iaitu lagu - lagu nyanyian Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang. Aku tumpang seronok kerana dapat berkongsi dengan kalian lagu - lagu tersebut.

Hari ini aku senaraikan sebahagian lagi koleksi lagu - lagu beliau.

Rafeah Buang - Penawar Rindu
Rafeah Buang - Pengorbanan
Rafeah Buang - Perasaan Wanita
Rafeah Buang - Perpisahan
Rafeah Buang - Pesan Orang Tua
Rafeah Buang - Petaling Jaya

Jika kalian punya lagu - lagu lain dendangan Allahyarhamah, harap dapat kongsi bersama. Aku sedang mengemaskini senarai lagu - lagu beliau, bila aku rasa dah siap nanti akan aku siarkan di blog ini.

Thursday 26 January 2012

Lagu Dalam Kenangan

Sebahagian lagi lagu-lagu yang sempat aku 'upload' untuk dikongsi bersama.

Rafeah Buang - Memikat Janji (duet dengan Ahmad Jais)
Rafeah Buang - Menanti Bahagia
Rafeah Buang - Menunggu
Rafeah Buang - Mesra Ibu
Rafeah Buang - Mustika Hati

Semoga Terhibur.....

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Aturcara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M
Tarikh : 5 Februari 2012M bersamaan 12 Rabiulawwal 1433H
Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya
MASA ACARA
6.00 pagi : Peserta-peserta kontinjen lelaki solat subuh di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
6.45 pagi
: Dif-dif jemputan lelaki yang menyertai perarakan berkumpul di Dataran Putrajaya, manakala isteri dif-dif jemputan mengambil tempat dan menunggu di Dewan Solat Utama, Masjid Putra
7.00 pagi
: Perarakan bermula
7.50 pagi
: Ketibaan dif-dif jemputan (pelekat kereta biru)
7.55 pagi
: Ketibaan dif-dif kenamaan (pelekat kereta merah jambu)
8.00 pagi
: Kontinjen terakhir yang berarak tiba dan mengambil tempat di Dewan Solat Utama, Masjid Putra
8.10 pagi
: Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Noorainee binti Haji Abdul Rahman
8.15 pagi : Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor
8.25 pagi
: Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah
: Bacaan Doa
: Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran
: Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW PeringkatKebangsaan Tahun 1433H/2012M
: Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
: Ceramah agama
: Upacara pengurniaan Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M

Hadith Pilihan

Adab Dan Tatatertib Melawat Orang Sakit

Dari Ummu Salamah RA katanya: Rasulullah SAW telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi SAW menutupnya, kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)," (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda SAW bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda SAW berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama-sama orang yang mendapat hidayah petunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal Alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya."

Peningkatan Kelajuan Tren Barang

Sesuai dengan keadaan semasa, kelajuan beberapa tren barang telah ditingkatkan. Ini membolehkan tren dilarikan dengan lebih kerap dan menguntungkan kepada syarikat yang memerlukan perkhidmatan rel.

Berikut adalah tren - tren yang kelajuannya telah ditambah:

Penjadualan Semula Tren KTM Komuter

Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, mulai 1hb Januari 2012, Perkhidmatan KTM Komuter telah diseragamkan kepada kekerapan 30 minit bagi laluan Rawang - Seremban – Rawang dan Batu Caves - Pelabuhan Klang – Batu Caves sepanjang hari.

Manakala perkhidmatan Komuter Shuttle dari Seremban - Sungai Gadut – Seremban diwujudkan dengan kekerapan setiap 30 minit juga. Bagi laluan Rawang - Tanjung Malim - Rawang, perkhidmatan tren dikekalkan seperti sedia ada.

Penjadualan ini adalah merupakan langkah sementara sehingga bulan Februari 2012. Penumpang akan dimaklumkan sebarang penambahbaikan perkhidmatan dalam tempoh tersebut.

Sila semak jadual di bawah sebelum kalian membuat perjalanan:

a. Perjalanan Pelabuhan Klang - Batu Caves

b. Perjalanan Batu Caves - Pelabuhan Klang

c. Perjalanan Rawang - Seremban

d. Perjalanan Seremban - Rawang

e. Perkhidmtan Shuttle (Seremban - Sungai Gadut - Seremban / Rawang - Tanjung Malim - Rawang)


Tuesday 24 January 2012

Gerabak Ternakan Keretapi Sabah

Di dalam perkhidmatan KTMB, aku rasa sudah tiada lagi gerabak yang dikhaskan untuk haiwan ternakan atau kata mudah gerabak untuk membawa haiwan yang masih hidup.

Di Sabah, cuma terdapat sebuah gerabak yang digunakan untuk membawa haiwan ternakan.

Satu - satunya gerabak ternakan yang terdapat dalam Jajaran Keretapi Sabah
Gerabak ini kelihatan usang tetapi ianya amat diperlukan untuk membawa ternakan dari bandar ke kawasan pendalaman terutamanya di musim - musim perayaan.

Gambar gerabak ternakan dari belakang
Untuk pengetahuan kalian, sesiapa yang ingin menggunakan gerabak khas ini haruslah memaklumkan kepada pengurus stesen yang berdekatan beberapa hari sebelum perkhidmatan diperlukan.

Aku rasa gerabak nie luas dan panjang. Berapa ekor lembu, kerbau atau kambing yang boleh dimuatkan dalam satu - satu masa?
Tahniah kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah kerana sanggup menyediakan sebuah gerabak khas untuk haiwan ternakan kepada para pengguna di sepanjang landasan dari Tanjung Aru ke Tenom.

Penduduk di sepanjang landasan rasanya tidak rasa terpencil dengan adanya perkhidmatan ini malah mereka juga boleh menyewa sebuah relkar dengan harga sewaan yang rendah sekiranya ada keperluan.

Sebuah relkar yang boleh disewa apabila diperlukan

Komplek Latihan Yang Baru

Dalam usaha untuk memantapkan lagi kelab Brighton & Hove Albion, sebuah komplek latihan yang baru telah dirancang pembinaannya di New Monks Farm, Lancing.

Komplek latihan ini dijangka akan beroperasi pada tahun 2014 dilengkapi dengan empat buah padang, bilik rawatan, bilik persalinan dan lain - lain keperluan sesuai dengan rancangan pengurusan kelab mengwujudkan satu akademi bolasepak untuk melahirkan ramai pemain - pemain bolasepak berbakat.

Hadith Pilihan

Istana Yang Bergemerlapan

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda "Kelak penduduk syurga akan melihat sebuah kamar di atas mereka, terlihat seperti bintang bercahaya gemerlapan jauh di ufuk Timur atau Barat kerana perbezaan kedudukan mereka". Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah itu tempat para Nabi yang tidak tercapai oleh orang lain selain mereka?" Jawab Baginda: "Demi Allah, yang diriku dalam kuasa-Nya, bahkan itu tempat orang-orang yang beriman kepada Allah dan mempercayai para Rasul."

Pujaanku

Dari dulu, sekarang dan hingga akhir hayat ini , tak mungkin ada penghibur lain yang dapat menandingi tingginya penghargaan seperti yang aku berikan kepada Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang.
Banyak laman sesawang dan blog yang menceritakan perihal beliau tetapi tak banyak lagu - lagunya yang dapat kita dengar semula di corong radio. Ada tak ada cuma Radio Klasik Nasional yang banyak menyiarkan lagu - lagu dendangan biduanita terkemuka ini.

Aku memang meminati Allahyarhamah sejak aku kecil lagi kerana sewaktu mengulangkaji pelajaran semasa bersekolah dulu, siaran Radio Malaysia ketika itu, selepas rancangan Arena Sukan jam 10 malam, rancangan Hiburan Malam pula mengambil tempat jam 10.15 malam sehingga jam 11 malam. Dalam rancangan ini kerap disiarkan lagu - lagu Allahyarhamah yang popular seperti Kenangan Di Rantau Abang, Jarinya Merah, Disebut Jangan Dikenang Jangan dan banyak lagi.

Sebagai penghargaan yang amat tidak ternilai atas jasa - jasa Allahyarhamah, mulai hari ini aku akan senaraikan sebahagian lagu-lagu beliau untuk kalian dengar semula.

Ada Gadis Di Sebelahnya
Adik Ku Sayang (duet dengan S. Latiffah)
Aksi Kucing
(lagu dari filem)
Anggerik Desa
Awan Beralih
Baju Kurung
Bila Dikasihi
Bilakah
Buat Baik Berpada
Bunga Maduku
Citaku
Di Luar Jendela
Di Pentas Nyanyian
Disebut Jangan Dikenang Jangan
Gurindam Jiwa (duet dengan R. Ismail)
Hanya Kanda Pujaanku
Hari Cuti Nan Lalu
Ibu
Inang Baru
Insan Ternoda
Itulah Harinya
Jarinya Merah
Jeritan Batinku
Jinak Merpati
Kan Ku Berikan Hati
Kau Akan Mengerti
Kehilangan
Kekosongan (ada juga dari tajuk yang sama nyanyian Uji Rashid, tapi berbeza lirik dan iramanya)
Kerana Kebahagiaanmu
Ku Pulang Dahulu
Lagumu Temanku
Lebih Cakap Dari Buat
Lupakan

Aku rasa cukup setakat itu dulu. Aku akan tambah dalam sedikit masa lagi. Aku sudah dapat mengumpul 170 buah lagu Allahyarhamah dan sekarang aku cuba untuk mencari lebih kurang 40 buah lagu lagi untuk diproses menjadi mp3.

Aku sayang semua....

Sunday 22 January 2012

Ku Berjauh Hati

Hadith Pilihan

Keistimewaan Orang Yang Menuntut Ilmu

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara - perkara yang baik kepada orang ramai."

Peterborough United..1 Brighton..2

Dua jaringan oleh Will Buckley membolehkan Brighton menang 2 - 1 ke atas Peterborough United di London Road dalam perlawanan Liga Kejuaraan malam tadi.

Pemain sayap itu memulakan jaringan pada minit ke-32 menerusi satu sepakan percuma. Peterborough menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi sepakan rendah David Ball. Buckley sekali lagi menjadi penyelamat kepada pasukan Brighton apabila merembat bola hantaran daripada Torbjorn Agdestein pada minit ke-88.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat empat perubahan dalam kesebelasan utama yang menewaskan Wrexham pada malam Rabu lepas, dengan Marcos Painter kembali mengambil tempat sebagai pertahanan kiri, sementara Gordon Greer - selesai menjalani penggantungan tiga perlawanan - kembali di bahagian tengah pertahanan bersama Lewis Dunk.

Jake Forster-Caskey juga telah sembuh dari kecederaan dan menggantikan Alan Navarro di bahagian tengah; Ashely Barnes pula diturunkan sebagai penyerang utama mengambil tempat Will Hoskins, yang disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Perlawanan ini adalah satu perlawanan yang mendebarkan dengan bola sering kali turun naik dan hanya kecekapan penjaga gol menghalang penonton seramai 9,474 orang itu menyaksikan lebih banyak gol dihasilkan.

Jake Forster-Caskey sedang beraksi

Dengan kemenangan tersebut, Brighton kini mengumpul 41 mata daripada 27 perlawanan dan menduduki tangga ke-10 liga. West Ham mengambilalih sebagai pendahulu Liga Kejuaraan dengan mengutip 53 mata, diikuti Southampton (50 mata), Cardiff City (49 mata), Middlesbrough dan Hull City (45 mata), Birmingham City (43 mata) dan
Blackpool city, Reading serta Leeds United (42 mata).

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah pada hari Sabtu, 28 Januari 2012 menentang Newcastle United di Stadium Amex dalam perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England. Manakala perlawanan berikutnya adalah dalam Liga Kejuaraan bermain di tempat lawan menentang Crystal Palace di Selhurst Park, London pada hari Selasa, 31 Januari 2012.

KESEBELASAN UTAMA

Peterborough United: (4-4-2) Joe Lewis; Mark Little, Ryan Bennett, Gabriel Zakuani, Craig Alcock; Ryan Tunnicliffe, Scott Wootton (Grant McCann 46), Tommy Rowe (Joe Newell 64), Lee Tomlin; Paul Taylor, Emile Sinclair (David Ball 64). Pemain simpanan yang lain: Paul Jones (GK), Nick Ajose.

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Lewis Dunk, Gordon Greer, Marcos Painter (Adam El-Abd 7); Liam Bridcutt, Matthew Sparrow (Alan Navarro 86), Jake Forster-Caskey (Torbjorn Agdestein 86); Will Buckley, Craig Mackail-Smith, Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Will Hoskins.