Sunday, 22 January 2012

Peterborough United..1 Brighton..2

Dua jaringan oleh Will Buckley membolehkan Brighton menang 2 - 1 ke atas Peterborough United di London Road dalam perlawanan Liga Kejuaraan malam tadi.

Pemain sayap itu memulakan jaringan pada minit ke-32 menerusi satu sepakan percuma. Peterborough menyamakan kedudukan pada minit ke-72 menerusi sepakan rendah David Ball. Buckley sekali lagi menjadi penyelamat kepada pasukan Brighton apabila merembat bola hantaran daripada Torbjorn Agdestein pada minit ke-88.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat empat perubahan dalam kesebelasan utama yang menewaskan Wrexham pada malam Rabu lepas, dengan Marcos Painter kembali mengambil tempat sebagai pertahanan kiri, sementara Gordon Greer - selesai menjalani penggantungan tiga perlawanan - kembali di bahagian tengah pertahanan bersama Lewis Dunk.

Jake Forster-Caskey juga telah sembuh dari kecederaan dan menggantikan Alan Navarro di bahagian tengah; Ashely Barnes pula diturunkan sebagai penyerang utama mengambil tempat Will Hoskins, yang disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Perlawanan ini adalah satu perlawanan yang mendebarkan dengan bola sering kali turun naik dan hanya kecekapan penjaga gol menghalang penonton seramai 9,474 orang itu menyaksikan lebih banyak gol dihasilkan.

Jake Forster-Caskey sedang beraksi

Dengan kemenangan tersebut, Brighton kini mengumpul 41 mata daripada 27 perlawanan dan menduduki tangga ke-10 liga. West Ham mengambilalih sebagai pendahulu Liga Kejuaraan dengan mengutip 53 mata, diikuti Southampton (50 mata), Cardiff City (49 mata), Middlesbrough dan Hull City (45 mata), Birmingham City (43 mata) dan
Blackpool city, Reading serta Leeds United (42 mata).

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah pada hari Sabtu, 28 Januari 2012 menentang Newcastle United di Stadium Amex dalam perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England. Manakala perlawanan berikutnya adalah dalam Liga Kejuaraan bermain di tempat lawan menentang Crystal Palace di Selhurst Park, London pada hari Selasa, 31 Januari 2012.

KESEBELASAN UTAMA

Peterborough United: (4-4-2) Joe Lewis; Mark Little, Ryan Bennett, Gabriel Zakuani, Craig Alcock; Ryan Tunnicliffe, Scott Wootton (Grant McCann 46), Tommy Rowe (Joe Newell 64), Lee Tomlin; Paul Taylor, Emile Sinclair (David Ball 64). Pemain simpanan yang lain: Paul Jones (GK), Nick Ajose.

Brighton: (4-3-3) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Lewis Dunk, Gordon Greer, Marcos Painter (Adam El-Abd 7); Liam Bridcutt, Matthew Sparrow (Alan Navarro 86), Jake Forster-Caskey (Torbjorn Agdestein 86); Will Buckley, Craig Mackail-Smith, Ashley Barnes. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Will Hoskins.

No comments:

Post a Comment