Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda "Kelak penduduk syurga akan melihat sebuah kamar di atas mereka, terlihat seperti bintang bercahaya gemerlapan jauh di ufuk Timur atau Barat kerana perbezaan kedudukan mereka". Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah itu tempat para Nabi yang tidak tercapai oleh orang lain selain mereka?" Jawab Baginda: "Demi Allah, yang diriku dalam kuasa-Nya, bahkan itu tempat orang-orang yang beriman kepada Allah dan mempercayai para Rasul."
No comments:
Post a Comment