Di Sabah, cuma terdapat sebuah gerabak yang digunakan untuk membawa haiwan ternakan.
Satu - satunya gerabak ternakan yang terdapat dalam Jajaran Keretapi Sabah
Gerabak ini kelihatan usang tetapi ianya amat diperlukan untuk membawa ternakan dari bandar ke kawasan pendalaman terutamanya di musim - musim perayaan.Gambar gerabak ternakan dari belakang
Untuk pengetahuan kalian, sesiapa yang ingin menggunakan gerabak khas ini haruslah memaklumkan kepada pengurus stesen yang berdekatan beberapa hari sebelum perkhidmatan diperlukan.Aku rasa gerabak nie luas dan panjang. Berapa ekor lembu, kerbau atau kambing yang boleh dimuatkan dalam satu - satu masa?
Tahniah kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah kerana sanggup menyediakan sebuah gerabak khas untuk haiwan ternakan kepada para pengguna di sepanjang landasan dari Tanjung Aru ke Tenom.Penduduk di sepanjang landasan rasanya tidak rasa terpencil dengan adanya perkhidmatan ini malah mereka juga boleh menyewa sebuah relkar dengan harga sewaan yang rendah sekiranya ada keperluan.
Sebuah relkar yang boleh disewa apabila diperlukan
tuan,
ReplyDeleterelkar tersebut disewa bersama pemandu atau boleh dipandu sendiri?