Monday 25 January 2021

Radio Klasik

 Aku suka mendengar Radio Klasik di sini.

Kalau ada radio di rumah atau di pejabat atau semasa memandu, boleh dengar menerusi frekuensi di bawah:


 Semoga terhibur.


Sisian I.C.I. Kulai

 

Di atas adalah keratan dari Buletin Mingguan Keretapi Bilangan 1078 bertarikh 22 Julai 1966.

Sisian ini berfungsi untuk memunggah barang-barang kepunyaan I.C.I seperti baja, cat, racun serangga dan sebagainya. Kebanyakkan barang-barang itu dibawa dari kilang-kilang kepunyaan I.C.I di Padang Jawa dan Petaling Jaya.



Kini sisian ini ditutup kerana telah berpindah ke Pasir Gudang.

Brighton Melangkah Ke Pusingan Kelima Piala FA England

Brighton & Hove Albion sekadar mencatat kemenangan 2-1 ke atas Blackpool dalam perlawanan Pusingan Keempat Piala FA England di Stadium Falmer malam tadi.

 
Sedutan perlawanan antara Brighton & Hove Albion menentang Blackpool

Lawan Brighton di Pusingan Kelima nanti adalah pasukan Leicester City di Stadium King Power, Leicester pada 10 Februari 2021.