Tuesday 5 December 2023

Menunggu Jawaban

menunggu jawaban

lama sudah ku nanti
puaslah aku menunggu
belum aku dapati
rahsia dari hatimu

siapa yang kau puja
siapa yang engkau rindu
malu kah kau berkata
kerana jumpa selalu

adakah harapan ku
membeku atau pun hampa
berilah aku bayangan
supaya ku tak kecewa

lama aku merindu
pada mu duhai jelita
berikan ku jawapan
agar kita tak merana.....

Sunday 3 December 2023

Nama Lama Dan Nama Baru

Nama Lama dan Nama Baru
 
Lanjutan daripada hantaran yang bertajuk nama tempat (siaran pada 28 Oktober 2009) dan nama lama dan nama baru (siaran pada 29 April 2022), terdapat beberapa maklumat tambahan yang aku rasa perlu untuk dikongsi bersama.
 
Rujuk kepada hantaran bertajuk nama tempat (siaran pada 28 Oktober 2009).
 
1. Ayer Hitam dan Serting Baru adalah dua tempat yang berbeza berdasarkan kepada:
 
a. Nombor kod Stesen Air Hitam adalah 62500 manakala nombor kod Perhentian Serting adalah 62400.
 
b. Peta di bawah.

2. Penukaran nama Stesen Kreh kepada Stesen Tasek Gelugor.
 
3. Penukaran nama Stesen Merbau kepada Stesen Sungei Lallang dan Stesen Sungei Lallang kepada Stesen Pulau Tiga.

Rujuk kepada hantaran bertajuk nama lama dan nama baru (siaran pada 29 April 2022).
 
1. Stesen Rantau Panjang (Kelantan) berlainan dengan Perhentian Rantau Panjang (Selangor). Perhentian Rantau Panjang (Selangor) kemudiannya diubah nama menjadi Perhentian Parit Chabang.

Begitu juga berlaku perubahan ke atas nama Stesen Sungei Dua. Asal namanya ini adalah Perhentian Sedanan. Perhentian ini dinaiktaraf menjadi sebuah stesen pada 1 Mac 1921 menjadi Stesen Sedanan.

Stesen Sedanan ini telah ditukar nama menjadi Stesen Sungei Dua pada 1 Ogos 1921.

Satu lagi perkara menarik yang aku ingin kongsi bersama kalian di luar sana tentang nama Stesen Kampar. Asal nama stesen ini adalah Stesen Membang-di-Awan. Akan tetapi, aku belum menemui apa-apa dokumen atau peta yang ada tertulis nama Stesen Membang-di-Awan ini.
 
Perlu juga diketahui bahawa terdapat beberapa stesen dan perhentian yang sering berubah tempat. Aku akan kongsikan lagi pada hantaran akan datang.

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku dalam meneruskan kajian tentang keretapi di Malaysia. Terima kasih yang tak terhingga kepada Arkib Negara Malaysia yang menyediakan begitu banyak dokumen-dokumen lama untuk aku membuat perbandingan.
 
Sehingga ketemu di lain kesempatan.

Desakan Membawa Derita

Desakan Membawa Derita

Jika ditanya mengapa terbang kumbang
Dari haruman bunga
Tersingkir hasratnya ingin berdua
Resah sepi menyiksa jiwa

Jika ditanya mengapa layu bunga
Kala sinar purnama
Desiran bayu yang membawa erti
Derita menjelmakan diri

Tiada diduga girang di hati kumbang
Selalu hidup dengan nada sumbang
Gambaran nan indah
Ku potretkan di hati
Akhir hayatku takkan ku lupai

Bukan salahku meninggalkan kekasih
Juga bukan salahmu
Hanyalah desakan ayah dan bonda
Memisahkan kita berdua....