Semangat kejiranan adalah satu semangat yang patut kita terap walau di mana jua kita berada. Tak kiralah samada di bandar mahupun di desa, semangat kejiranan perlu ada dalam diri seseorang baik masa suka ataupun duka.
Bertempat di Kampung Padang Cicar, Batu 7, Jalan Kroh, Baling pada 3 Julai yang lalu telah berlangsung Majlis Persandingan Ayu dan Epol. Suasana meriah kerana kehadiran hampir semua penduduk kampung, sama-sama bergotong royong menjayakan majlis ini.
Kaum ibu sedang menyediakan kerabu pucuk paku

Makcik ni sedang membuat kerabu perut

Lauk kegemaran kami sekampung - Masak Kari Daging Lembu Campur Batang Pisang

Warga tua yang mahir memasak

Setalam hidangan untuk tetamu yang hadir

Yang muda dan yang berusia, sama-sama berganding bahu melayan tetamu

Anak-anak juga tak ketinggalan buat sibuk

Geng cuci mencuci pinggan mangkuk

Geng buat air...

Selamat Pengantin Baru buat Ayu & Epul moga kekal hingga ke akhir hayat
rindu suasana kenduri kampung dgn kesibukan sanak saudara dan mentara utk siapkan hidangan para tetamu.. semangat kejiranan yang jarang ada di bandar...
ReplyDelete