Tuesday, 31 August 2010

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid yang terindah di Negeri Perak ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.

Kerajaan Negeri Perak kemudian mengarah Colonel Huxley dari Pejabat Kerja Raya di Kuala Lumpur supaya merangka sebuah pelan masjid yang hendak didirikan itu. Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.

Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.

Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00

Merdeka Merdeka Merdeka


Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Sabda Rasulullah lagi mengenai konsep pemilihan ini iaitu maksudnya:

"Janganlah kamu mengahwini wanita itu kerana rupa parasnya yang cantik, mungkin rupa paras itu akan membawa kehancuran. Janganlah kamu kahwini wanita itu kerana hartanya, kemungkinan harta itu akan membawa kezaliman. Tetapi kahwinilah wanita itu kerana agamanya. Seorang wanita hamba lagi hitam yang menghayati agama, sesungguhnya itu lebih baik." Riwayat Ibnu Majah.

Begitu juga pihak wanita mestilah membuat pilihan yang mengikut prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam ketika mereka didatangi rombongan merisik pihak lelaki. Pilihlah di kalangan mereka yang akan membawa kebahagiaan kepada anak perempuan kita.

(bersambung)

Sheffield Wednesday..1 Brighton & Hove Albion..0

Brighton tewas buat kali pertama musim ini di tangan Sheffield Wednesday 0 - 1 dalam perlawanan yang telah berlangsung di Hillsbrough, Sheffield pada 21 Ogos 2010.

Gol tunggal perlawanan adalah jaringan Giles Coke pada minit ke-38.

Gus Poyet hanya membuat satu perubahan pada kesebelasan utama yang seri 2 - 2 ketika menentang Rochdale pada minggu sebelumnya. Adam El-Abd kembali menerajui bahagian tengah pertahanan, menggantikan Gordon Greer yang digantung tiga perlawanan.

Steve Cook disenaraikan sebagai pemain simpanan bersama - sama pemain antarabangsa bawah 17 tahun England, Jake Caskey.

Seramai 18.674 orang penonton hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung dalam keadaan panas terik.

Brighton berkedudukan di tangga ke-11 Liga Satu npower dengan mengumpulkan 4 mata dari 3 perlawanan.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett, Dicker, Kishishev (Baz 78), Jamie Smith (Battipiedi 72); Barnes, Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Hart, Holroyd, Caskey, Cook.

Sunday, 15 August 2010

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Tidak ramai masyarakat kita yang prihatin dengan nilai-nilai agama untuk dijadikan asas dalam memilih jodoh. Sedangkan Rasulullah SAW memberi jaminan bahawa pasangan yang memilih kriteria agama ketika membuat pemilihan jodoh akan selamat di dunia dan di akhirat.

Ini tidak bermakna Islam menolak ciri-ciri yang selain daripada agama seperti yang disebutkan tadi tetapi di akhir hadis tersebut menyebut lebih baik memilih mereka yang beragama maka kekayaannya akan selamat, kebahagiaannya akan kekal dan keturunannya akan dimuliakan. Kita membincangkan aspek utama bukannya menegah memilih, kerana manusia itu diciptakan oleh Allah memiliki naluri yang berlainan dan semestinya inginkan yang cantik, indah dan cenderung kepada nilai material.

Walau bagaimanapun, apa yang disampaikan oleh Rasulullah itu tidak diragui lagi kesahihannya. Rasul diutus kepada manusia untuk membawa berita gembira dan menjadi rahmaat keseluruh alam. Pilihan yang berdasarkan nilai-nilai agama akan membawa kebahagiaan kepada manusia itu sendiri.

(bersambung)

Pusingan Pertama Piala Carling

Albion akan menentang Northampton Town di tempat lawan pada Pusingan Pertama Piala Carling Tahun 2010/11.

Perlawanan tersebut akan berlangsung di Sixfields Stadium pada minggu bermula 9 Ogos 2010.

Brighton & Hove Albion..2 Rochdale..2

Mengecewakan. Itulah keluhan hampir 6,602 orang penonton di Stadium Whitdean petang semalam apabila pasukan Brighton sekadar seri 2 - 2 menentang kelab Rochdale, dalam perlawanan kedua Liga npower Satu musim 2010/11.

Glenn Murray memulakan jaringan buat Brighton pada minit ke-47. Tetapi mulai minit ke-50, Brighton bermain dengan sepuluh pemain apabila ketua pasukan, Gordon Greer dibuang padang kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Rochdale, Anthony Elding. Rochdale menyamakan kedudukan 1 - 1 menerusi sepakan penalti Gary Jones.

Elliott Bennett kembali meletakkan Brighton di depan pada minit ke-66 dengan satu rembatan cantik dari jarak 25 kaki.

Pada minit - minit terakhir, Rochdale menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi Gary Jones pada minit ke-90.

Skipper Gordon Greer mengetuai pasukan Brighton buat pertama kali selepas menghabiskan tempoh penggantungan 3 perlawanan (baki dari musim lepas).

Glenn Murray juga kembali dari penggantungan dan pengurus pasukan Gus Poyet menyenaraikan beliau dalam kesebelasan utama, bergandingan Ashley Barnes.

Gary Dicker bermula di bahagian tengah mengambil tempat Alan Navarro, yang mengalami kecederaan sewaktu menentang Northampton Town pada perlawanan pertengahan minggu.

Matt Sparrow juga terlepas perlawanan petang semalam kerana digantung tiga perlawanan akibat dibuang padang juga semasa perlawanan menentang Northampton Town.

Poyet turut Jake Caskey dalam senarai pemain simpanan selepas pemain berusia 16 tahun itu kembali dari Finland kerana mewakili pasukan England Bawah Umur 17 Tahun.

Dengan keputusan seri ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke-6 dalam liga dengan memungut 4 mata daripada 2 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah Sheffield Wednesday di Hillsbrough, Sheffield pada hari Sabtu, 21 Ogos 2010.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, Greer, Painter; Bennett (Hart 88), Kishishev, Dicker, Jamie Smith (El-Abd 52); Barnes (Battipiedi 90), Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Baz, Holroyd, Caskey.