Sunday, 9 June 2013

Bukit Merah Lake Town Waterpark

Cuti sekolah tentunya menyeronokkan terutama buat anak-anak. Inilah masanya untuk merehatkan minda dan mencari pengalaman baru.

Aku tidak ketinggalan membawa keluarga berkunjung ke Bukit Merah Lake Town Waterpark sekadar untuk melihat-lihat dan 'bermain air'.

Aku paparkan beberapa gambar untuk tatapan bersama.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Jumpa lagi pada percutian akan datang....

Singgah Di Kellie's Castle

Dalam perjalanan balik ke rumah, aku singgah di Kellie's Castle, yang terletak di Batu Gajah.

Khabarnya seorang hartawan dari Scotland bernama Kellie Smith telah membina sebuah bangunan yang besar dan indah bagi kediaman keluarganya. Bangunan yang diberi nama Kellas House mula dibina pada tahun 1910. Bangunan tiga tingkat itu dibina mengikut rupabentuk sebuah istana di India. Tukang-tukangnya dibawa khas dari Madras.

Malangnya 'istana' ini tidak dapat disiapkan kerana Kellie Smith meninggal dunia di Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 ketika berusia 56 tahun.

Berikut aku kongsikan bersama kalian sebahagian dari gambar yang sempat aku diambil ketika singgah tempoh hari.

 Bentuk bangunan seperti di Scotland
 Cantik dan menarik
 Kononnya nak buat lif kat sini
Bahagian belakang
 Cerita sebenar tentang rumah ini
 Ini apa pula?
Apa yang ditulis tu?

 Ruang tamu

Kalian nampak tak bentuk kepala beruang kat pokok tu?
Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi... Jom Cuti-Cuti Perak!

Saturday, 8 June 2013

Masuk Ke Gua Tempurung

Salam Sejahtera buat semua yang masih sudi untuk mengunjungi blog ini dan masih setia untuk menanti bahan-bahan yang bakal dipaparkan.

Sudah agak lama aku tidak menulis di dalam blog ini kerana agak sibuk dengan tugas seharian. Alhamdulillah, semua dapat aku laksanakan walaupun ada di antaranya yang masih belum lengkap.

Dalam pada itu, pada cuti sekolah yang baru lalu aku sempat memijakkan kaki di beberapa lokasi pelancongan sekitar tempat tinggal aku ini.

Yang pertama ingin aku kongsi dengan kalian adalah pengalaman sewaktu masuk ke Gua Tempurung, Gopeng.

Perjalanan dari rumah aku memakan masa lebih kurang satu jam. Sewaktu tiba di lokasi, cuaca agak panas dan aku menikmati makan tengahari berupa nasi campur.

Ada banyak ruang untuk memakir kenderaan
Yang gemar memancing, boleh singgah di sini
 Tasik yang tenang dan mendamaikan
 Kawasan untuk anak-anak bermain
 Tempat untuk memakir bas
Pintu masuk
 Harga tiket
Kaunter tiket
Ada banyak arca yang terbentuk secara semulajadi
Aku hanya naik sehingga di Golden Flowstone ni aje
 Aku lupa ini menggambarkan apa
 Menarik sebab ada lampu yang bersinar menerangi dinding gua
Cuba teka ini gambaran apa?
Gambaran ini terbentuk dari hakisan air yang menitik dari bumbung gua sejak berjuta tahun dahulu


Kata pemandu yang membawa aku naik dan turun gua, batu ini berbentuk seekor gajah
 Yang ini pintu gua juga
 Ini apa yer?
 Manusia lukis atau hakisan?
Najis kelawar yang sememangnya banyak di dalam gua ini

 
 Katanya itu 'Potret Monalisa'
 Batu hidup yang telah berusia berjuta tahun
Satu lagi kesan hakisan
 Gelap tetapi tidak menjemukan
 Akhirnya keluar melihat tumbuhan hijau
Menarik dan tidak membosankan. Walaupun terpaksa menaiki entah berapa ratus anak tangga, aku tetap puas hati kerana ada banyak perkara baru yang aku perolehi di sini.