Friday 14 August 2009

Pasar Malam Tanjung Malim

Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke Bandar Tanjung Malim, jangan lupa untuk melihat sendiri kemeriahan Pasar Malam Tanjung Malim. Pasar malam ini diadakan pada setiap hari Sabtu bermula dari petang sehingga lebih kurang jam 11 malam.

Ianya diadakan di tengah - tengah bandar dan tidak sukar jika anda ingin ke sana kerana perhentian bas dan stesen keretapi terletak berdekatan dengan pusat bandar. Bagi yang berkereta, terdapat beberapa buah hotel dan rumah tumpangan untuk didiami dengan kadar yang berpatutan.

Orang ramai memang menantikan ketibaan pasar malam setiap minggu untuk mencari barang - barang keperluan harian mahupun juadah kegemaran masing - masing.

Gerai pertama di jalan masuk ke pasar malam ini adalah gerai yang menjual air minuman. Aku berkesempatan merasa segelas air asam boi dan segelas air tebu. Enaknya......

Salah sebuah gerai yang menjual buah - buahan.

Aku sempat membeli sepasang kasut yang harganya cuma Rm 25.

Buah pulasan yang rupanya seperti buah rambutan. Ia mempunyai kulit yang agak tebal dan isi yang hampir serupa dengan isi buah rambutan. Jika anda hendak memakan buah ini, anda haruslah memulas kulitnya yang tebal terlebih dahulu.

Rasanya enak.... cubalah

Harganya memang berpatutan sesuai dengan rasanya yang original!

Roti goreng ayam dan roti goreng daging ini pun sedap juga jika dimakan sewaktu ianya masih panas. Jika ada sos cili, pasti rasanya lebih enak. Aku beli 3 ketul roti goreng ni dan aku makan di Stesen Keretapi Tanjung Malim sewaktu menunggu ketibaan Tren Ekspres Khas 1004 tiba pada jam 2359H (11.59 malam).

Walaupun aku cuma sekejap di bandar ini, aku rasa amat seronok sekali. Banyak pengalaman baru yang aku dapat. Kalau ada masa, akan aku datang lagi berkunjung ke Bandar Tanjung Malim ini.

3 comments:

  1. ape ek name hotel2 dkt tjg malim ni? ak x leh cari plak.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hotel cahaya
    hotel bunga raya
    hotel sahara inn

    ReplyDelete
  3. jemput la lagi dtg ke tanjung malim..

    ReplyDelete