Kejayaan sebenar seseorang di dalam kehidupannya ialah bergantung kepada sejauh mana segala perbuatan, perkataan, tulisan dan niatnya diterima sebagai ibadah kepada Allah. Jika ianya diterima bererti sebesar - besar kejayaan seseorang di dalam hidupnya.
Maksud firman Allah S.W.T.:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayat oleh Tuhanku ke jalan yang betul, lurus (kepada) agama yang tetap, teguh iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas dan tidaklah ia orang-orang yang musyrik. Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan seru sekelian alam.”
(Surah Al-Anam Ayat 161 - 162)

No comments:
Post a Comment