Minat berkhemah? Minggu lalu (21 - 24hb Jun 2010) aku dan kawan-kawan telah sepakat untuk berkhemah di Burmese Pool, Bukit Larut, Taiping.
Satu - satunya tandas di Burmese Pool

Sedang mengasingkan 'pack ration'

Dapur kayu terpaksa dibuat dibawah khemah, sebab hujan hampir setiap petang

Perkakas memasak seperti dapur gas dan peti sejuk pun kami bawa sama

Jerang air untuk memasak nasi

Antara khemah yang didirikan

Memasak dengan dibantu cahaya lampu suluh...

Menyediakan nasi goreng sebagai juadah sambil menonton siaran langsung perlawanan bolasepak Piala Dunia

Pedih mata mengupas bawang

Dalam menyediakan sambal belacan special

Hujan lebat menyebabkan air melimpah hingga mendekati khemah

Makan malam yang enak disediakan walaupun dalam keadaan hujan lebat

Dapatlah malam tu makan ayam bakar, daging panggang, ikan cencaru bakar, coleslaw, nasi goreng cina, jagung bakar dan macam - macam lagi

Walaupun lapar kerana hujan, kami tetap beratur untuk menikmati juadah yang disediakan

Itulah serba sedikit gambaran keadaan sewaktu berkhemah di Burmese Pool.
Hujan hampir setiap hari tidak mematahkan kami untuk beriadah sambil mencari pengalaman baru. Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah merancang dan melaksanakan perkhemahan ini.
Harap dapat diadakan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment