Dah lama aku tak berkunjung ke Rumah Anak - Anak Yatim dan Miskin Bait Al - Amin yang terletak berhampiran dengan pekan Parit. Selalunya aku paling busuk pun dalam sebulan, mesti sekali aku jenguk teratak ini. Tapi sejak akhir - akhir ini kerana 'jiwa kacau', aku dah jarang ke situ.
Banyak kerja yang harus dilakukan. Antaranya membaiki katil yang roboh ini....
menebang pokok yang menghalang parkir rumah jiran...
dan mendirikan papan tanda yang telah disambung 'kakinya'.
Bagi yang berkemahiran elektronik, mesin basuh yang rosak ini telah dapat dibaiki.


Begitu juga dengan plug yang rosak ini telah dapat dibaiki, tambah satu lagi.
Membaiki pintu masuk utama ke dewan makan




Pokok rambutan rebah menyembah bumi



Menggantikan bendera yang usang. Tak perlu nak tunggu Bulan Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan untuk mengibarkan bendera yang baru!


Akhir sekali membawa pulang sebuah kotak yang sarat berisi dengan cadar dan sarung bantal untuk dicuci.
Demikian lah ceritanya sejenak aku di Rumah Anak - Anak Yatim dan Miskin Bait Al - Amin, Parit pagi tadi. Alhamdulillah, banyak kerja yang telah dapat disudahkan dengan baik.
Ada masa akan aku singgah lagi ke sini. Insyallah...
No comments:
Post a Comment