(sambungan)
Banyak kes yang berlaku iaitu sebelum berkahwin seorang wanita itu begitu kuat beribadat, berbudi berbudi pekerti, bermoral dan menghormati orang tua tetapi setelah berkahwin, sikapnya berubah dan perangainya berlaku sebaliknya pula terhadap keluarga dan mungkin terhadap suami sendiri kerana mereka hilang didikan dan cara hidup mereka berubah semasa di bawah naungan suami yang tidak beriman dan tidak beragama. Di sinilah bermulanya episod keretakan dan keruntuhan institusi rumah tangga jika nilai-nilai agama tidak dijadikan asas penghidupan berkeluarga.
Satu kisah seorang lelaki datang menceritakan kepada Saidina Hasan bin Ali r.a katanya:
"Ramai lelaki yang datang meminta anak perempuanku (untuk dikahwini), maka yang mana satukah lelaki yang hendak aku jodohkan dengannya?"
Saidini Hasan menjawab:
"Jodohkanlah dengan lelaki yang paling bertakwa, kerana lelaki yang bertakwa jika ia kasihkan isterinya, ia akan menghormatinya dan jika ia benci pun tidaklah ia menzaliminya."
---HABIS--
No comments:
Post a Comment