Monday, 15 November 2010

Hartlepool United..3 Brighton & Hove Albion..1

Gus Poyet telah menamakan barisan pemain yang sama sewaktu menang di Peterborough dua minggu lalu, dalam perlawanan menentang Hartlepool United pada 13 November 2010.

Itu bermakna Radostin Kishishev dan Elliott Bennett kembali ke bahagian tengah Brighton, manakala ketua pasukan Gordon Greer dan Adam El-Abd meneruskan aksi selaku pertahanan tengah berkembar.

Casper Ankergren menggantikan Peter Brezovan sebagai penjaga gol, sementara Kazenga LuaLua disenarai di bangku pemain simpanan.

Hartlepool menjaringkan gol menerusi Neil Austin (minit ke-22), Gary Liddle (minit ke-71) dan James Poole (minit ke-84). Gol tunggal Brighton adalah hasil jaringan Gary Dicker pada minit ke-57.

Seramai 3,073 telah hadir menyaksikan perlawanan ini.

Sungguhpun mengalami kekalahan, pasukan Brighton masih kekal mendahului liga dengan kelebihan 6 mata.

Perlawanan seterusnya adalah pada hari Selasa, 16 November 2010 di Kingfield Sports Ground, Working dalam perlawanan ulangan Pusingan Pertama Piala FA England menentang pasukan Woking.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Greer, El-Abd (LuaLua 53 (Baz 86)), Painter; Bennett, bridcutt, Dicker, Kishishev (Sparrow 72); Murray, Barnes. Pemain simpanan yang lain: brezovan (GK), Elphick, Battipiedi, Hart.

No comments:

Post a Comment