Jika berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan tak lengkap rasanya jika tidak mengunjungi Pasar Siti Khadijah.
Nama asal pasar ini adalah Pasar Besar Buluh Kubu. Ianya dibuka pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan.
Nama pasar ini ditukar menjadi Pasar Besar Siti Khadijah pada tahun 1997 oleh Menteri Besar Kelantan. Ini adalah untuk memberi penghormatan kepada golongan wanita yang menjadi majoriti peniaga di pasar ini.
Terdapat pelbagai barangan yang dijual di pasar ini. Di tingkat bawah, tersedia barangan basah seperti ikan dan sayur-sayuran. Di tingkat atas pula dijual pakaian, kasut, alat perhiasan, pinggan mangkuk, barangan seni tembaga dan lain-lain.
Di tingkat atas juga terdapat kedai - kedai yang menjual berbagai jenis juadah untuk mengisi perut yang lapar selepas berpusing beberapa kali mencari barang-barang yang boleh dijadikan buah tangan untuk keluarga dan rakan - rakan.
No comments:
Post a Comment