Aku bangun agak lewat pada hari keempat di Puerto Princesa. Jika mengikut jadual, pagi ini aku akan menziarah saudara sesama Islam di salah sebuah masjid di pinggir bandar untuk membuat sedikit gotong royong.
Setelah bersarapan pagi dengan secawan kopi dan beberapa keping biskut, ku mula berjalan kaki menyusuri jalan dan lorong menuju ke tempat yang sepatutnya berdasarkan kepada alamat yang telah diberi.
Aku singgah sebentar di sebuah klinik untuk mencari ubat demam (untuk spare takut-takut aku mengalami demam kalau kena hujan). Jumpa la satu kedai milik kerajaan Filipina. Sambil-sambil tu aku tanyakan arah tuju ke masjid yang aku nak pergi. Jururawat tu beritahu masjid tak jauh dari klinik itu.
Aku meneruskan perjalanan. Terjumpa sebuah pejabat milik kerajaan yang dindingnya diperbuat daripada buluh. Terfikir dalam benak fikiranku, kerajaan tempatan tak bantu ke membuat bangunan yang lebih moden?
Jalan punya jalan, keluar masuk lorong, aku terjumpa satu simpang empat. Di satu sudut simpang tu tertera nama ketua kampung dan ahli jawatankuasanya. Alangkah baik kalau di Malaysia pun ada info seperti ini.
Aku difahamkan yang di bawah ini adalah sebuah klinik yang sama tarafnya seperti klinik desa di Malaysia
Aku di majid itu sehingga petang. Oleh kerana kerja yang aku nak buat dah selesai, aku pun balik ke tempat penginapan semula.
Akhirnya aku sampai di hotel. Bersihkan diri dan tidur kerana rasa penat sangat. Esok ada lagi aktiviti yang telah dirancang.
Dalam masa berjalan kaki tu, aku terserempak dengan sebuah tugu peringatan
No comments:
Post a Comment