Hujan lebat dari awal pagi menyebabkan aku lebih banyak berkurung dalam bilik sambil membaca akhbar-akhbar harian yang dibeli semalam dan beberapa hari yang lalu.
Sebelah petang bila hujan dah reda, aku mula bersiap untuk kembali 'melakukan rondaan'. Sasaran aku pada petang itu adalah sekitar taman berhampiran Pelabuhan Puerto Princesa. Ianya dikenali sebagai 'Baywalk Bay-Bay'.
Sewaktu berjalan kaki menuju ke arah pelabuhan sayup-sayup kelihatan sebuah patung yang agak besar, terletak dekat dengan salah sebuah gereja yang besar di pulau ini.
Selepas belok punya belok, jenguk punya jenguk, masuk lorong, keluar lorong.... akhirnya aku sampai dengan dengan patung tu. Rupa-rupanya patung itu adalah sebuah tugu.
Ini adalah Tugu Peringatan Dr. Jose P. RizalSebelah petang bila hujan dah reda, aku mula bersiap untuk kembali 'melakukan rondaan'. Sasaran aku pada petang itu adalah sekitar taman berhampiran Pelabuhan Puerto Princesa. Ianya dikenali sebagai 'Baywalk Bay-Bay'.
Sewaktu berjalan kaki menuju ke arah pelabuhan sayup-sayup kelihatan sebuah patung yang agak besar, terletak dekat dengan salah sebuah gereja yang besar di pulau ini.
Selepas belok punya belok, jenguk punya jenguk, masuk lorong, keluar lorong.... akhirnya aku sampai dengan dengan patung tu. Rupa-rupanya patung itu adalah sebuah tugu.



Lama juga aku dan pengunjung yang lain menunggu akan kehadiran semula elektrik. Dalam masa menunggu tu, dalam kegelapan malam, aku terpandang akan sebuah tugu yang terletak di gigi air. Nak pergi dekat, air laut sedang pasang. Mahu tak mahu, aku ambil gambar ini untuk buat kenang-kenangan.

Setelah puas menunggu kemunculan bekalan elektrik yang tak kunjung tiba, akhirnya aku mengambil keputusan untuk balik berehat kat bilik penginapan. Harap-harap kat hotel tu ada bekalan eletrik la....
No comments:
Post a Comment