Wednesday, 30 November 2011

Derby County..0 Brighton..1

Brighton menang kali. Dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi di Pride Park, Brighton mengalahkan pasukan tuan rumah, Derby County dengan jaringan 1 - 0.

Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Craig Mackail-Smith pada minit ke-13 hasil hantaran kemas daripada Inigo Calderon. Gol tersebut adalah gol ketujuh Mackail-Smith pada musim ini.

Mackail-Smith keriangan setelah menjaringkan gol
Pengurus pasukan Brighton Gus Poyet membuat tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang menang 2 - 1 ke atas Coventry City pada hari Sabtu lepas.

Gandingan Will Hoskins dan Ashley Barnes disenaraikan di bahagian serangan, mengambil tempat Billy Paynter dan Craig Noone yang disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Sementara itu, Romain Vincelot menggantikan Marcos Painter, yang mengalami kecederaan 'hamstring'.

Adam El-Abd juga disenaraikan sebagai pemain simpanan setelah berehat selamat tujuh bulan kerana kecedeaan kaki.

Adam El-Abd sudah mampu beraksi dengan baik
Perlawanan yang menarik ini telah disaksikan seramai 22,040 orang penonton yang rata - rata terhibur dengan corak menyerang yang ditunjukkan oleh kedua - dua pasukan.

Dengan kemenangan ini pasukan Brighton mengumpul 29 mata daripada 19 perlawanan dan menghuni ke tangga ketujuh dalam senarai Liga Kejuaraan, naik empat anak tangga dari kedudukan kesebelas pada hari Sabtu lepas.

Perlawanan seterusnya menentang pasukan Nottingham Forest di Stadium Amex pada hari Sabtu, 3 Disember 2011.

KESEBELASAN UTAMA

Derby County: (4-5-1) Fielding; Green, Barker, Shackell, Roberts; Davies (Bennett 72), Bailey, Bryson, Hendrick, Ward; Priskin (Ball 68). Pemain simpanan yang lain: Legzdins (GK), Buxton, O'Brien.

Brighton: (4-3-3) Ankergren; Calderon (El-Abd 49), Greer, Dunk, Vincelot; Bridcutt, Navarro, Harley; Hoskins (Paynter 83), Mackail-Smith, Barnes (Noone 57). Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), LuaLua.

No comments:

Post a Comment