ENGLAND akhirnya mengakhiri kemarau kemenangan selama 43 tahun ke atas Sweden apabila gol sendiri pemain pertahanan, Daniel Majstorovic memberi kemenangan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, pada 16 November 2011.
Majstorovic gagal mengeluarkan kemas bola hasil tandukan Gareth Barry pada minit ke-22 sebelum melantun ke gawang gol sendiri.
Perlawanan itu disaksikan di hadapan 48,876 penonton – jumlah kehadiran paling rendah direkodkan sejak pembinaan semula Wembley pada 2007.
Pada perlawanan itu menyaksikan pengurus England, Fabio Capello melakukan lapan pertukaran pemain daripada skuad yang berjaya menewaskan juara dunia, Sepanyol pada perlawanan persahabatan, pada hari Sabtu (12 November 2011) lalu.
Bagaimanapun Capello amat puas hati dengan kemenangan itu yang menyaksikan England mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang 2011.
Ia turut menyaksikan aksi sulung pemain muda, Jack Rodwell, Kyle Walker dan Phil Jones dalam skuad kebangsaan England.
Menurut pengurus pasukan England, Fabio Capello bahawa kemenangan menewaskan Sweden selepas 43 tahun adalah amat penting sekali. Keupayaan Phil Jones, Kyle Walker dan Jack Rodwell bermain cemerlang sewaktu menentang Sweden yang mempamerkan permainan yang amat tersusun, begitu menyenangkan hati Capello.
Seingat - ingat aku, inilah kali pertama dua bekas pemain Brighton iaitu Gareth Barry dan Bobby Zamora bermain bersama - sama dalam satu pasukan di mana kali terakhir kedua - dua bintang ini bermain bersama - sama adalah sewaktu mewakili pasukan England Bawah Umur 21 Tahun kira - kira sepuluh tahun yang lalu.
Untuk pengetahuan kalian, kali terakhir England mengatasi pasukan Sweden di Wembley adalah pada tahun 1968. England menang 3 - 1 dalam perlawanan persahabatan tersebut.
Senarai Pemain.
England: Joe Hart (Scott Carson 46); Gary Cahill, John Terry, Leighton Baines, Kyle Walker, Phil Jones, Gareth Barry, Stewart Downing, Jack Rodwell (James Milner 58), Theo Walcott (Daniel Sturridge 58), Bobby Zamora (Darren Bent 70).
Sweden: Andreas Isaksson; Martin Olsson, Olof Mellberg (Jonas Olsson 46), Daniel Majstorovic, Mikael Lustig (Christian Wilhelmsson 55), Kim Kallstrom (Svensson 70), Rasmus Elm (Emir Bajrami 87), Pontus Wernbloom, Sebastian Larsson, Zlatan Ibrahimovic (Ola Toivonen 46), Johan Elmander.
No comments:
Post a Comment