Monday, 12 December 2011

Middlesbrough..1 Brighton..0

Jaringan minit ke-21 oleh Scott McDonald sudah cukup untuk pasukan Middlesbrough untuk membenam Brighton 1 - 0 dalam perlawanan Liga Kejuaraan yang berlangsung di Stadium Riverside pada Sabtu lepas (10 Disember 2011).

Gus Poyet melakukan tiga perubahan terhadap kesebelasan utama yang menang 1 - 0 ke atas Nottingham Forest 3 Disember 2011, di mana Kazenga LuaLua diturunkan buat kalai pertama sebagai kesebelasan utama sejak menyertai Brighton bulan lepas. Bekas pemain sayap kelab newcastle United itu menunjukan prestasi yang baik sejak diturunkan sebagai pemain simpanan minggu lepas dan menggantikan Billy Paynter dalam senarai kesebelasan utama.

Sementara itu Matt Sparrow dan Romain Vincelot kembali ke bahagian tengah Brighton, mengambil tempat Alan Navarro dan Ashley Barnes.

Sejumlah 16,594 penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini dengan 679 orang daripadanya adalah penyokong setia pasukan Brighton.

Dengan kekalahan pertama dari empat perlawanan terakhir ini, Brighton kini menghuni tangga ketujuh liga dengan mengutip 32 mata daripada 21 perlawanan. Southampton kekal di tangga teratas liga dengan 43 mata, diikuti West Ham United (40 mata), Cardiff City dan Middlesbrough (38 mata), Hull city (36 mata) serta Leeds United (35 mata). Semua pasukan sudah bermain 21 perlawanan.

Perlawanan seterusnya bagi Brighton adalah pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 di Stadium Amex menentang pasukan Burnley.

KESEBELASAN UTAMA

Middlesbrough: (4-4-2) Steele; Zemmama (Martin 33), Bates, McMahon, R Williams; Bennett, Bailey, Robson (Thompson 78), Arca; McDonald, Emnes (Ogbeche 73). Pemain simpanan yang lain: Hoyte, Thomson, Haroun.

Albion: (4-3-3) Ankergren; Jara Reyes, Greer, Dunk, Taricco; Bridcutt, Sparrow (Buckley 62), Vincelot; Noone (Paynter 74), Mackail-Smith (Barnes 74), LuaLua. Pemain simpanan yang lain: Brezovan (GK), El-Abd.

No comments:

Post a Comment