Saturday, 7 April 2012

Burnley..1 Brighton..0


Brighton mengalami kekalahan 0-1 kepada Burnley dalam perlawanan Liga Kejuaraan yang berlangsung Turf Moor sebentar tadi (Jumaat, 6 April 2012).

Banyak insiden kekasaran yang dapat dilihat terutamanya dari pasukan tuan rumah dan ini sedikit sebanyak telah mengganggu permainan pasukan Brighton yang mengamalkan corak permainan hantaran.

Gus Poyet membuat tiga perubahan dalam senarai utama yang seri 1-1 ketika menentang Middlesbrough pada hujung minggu, termasuk menyenaraikan Gary Dicker di bahagian tengah.

Pemain Ireland yang tersisih sejak bulan Oktober lepas kerana kecederaan, kembali mengisi posisi ‘midfield’, dengan Liam Bridcutt dan Will Buckley terpaksa diketepikan.
Gonzalo Jara reyes juga kembali setelah selesai menjalani penggantungan tiga perlawanan, menguatkan bahagian tengah bersama Dicker, Alan Navarro dan Vicente Rodriguez.

Craig Mackail-Smith tersenarai sebagai penyerang bersama Sam Vokes buat pertama kalinya musim ini. Ashley Barnes pula hanya mendapati nama beliau dalam kelompok pemain simpanan.

Gol tunggal perlawanan adalah hasil jaringan Charlie Austin pada minit ke-23, setelah mendapat hantaran Josh McQuoid dari sebelah kanan pintu gol Brighton.

Percubaan dari kedua-dua pasukan selepas itu gagal memecah kebuntuan dan sepanjang separuh masa kedua, Burnley terus menguatkan benteng pertahanan mereka sehingga tamat permainan.
 
Kehadiran penonton agak kurang memberansang kerana hanya 13,576 orang peminat bolasepak hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini, dengan Brighton juga membawa seramai 870 orang penyokong untuk memberikan sokongan sepanjang perlawanan yang diadakan pada hari Jumaat sempena sambutan ‘Good Friday’.

Dengan kekalahan ini, Brighton kini menghuni tangga keenam liga dengan mengutip 63 mata daripada 41 perlawanan. Sungguhpun begitu, kedudukan ini akan berubah sebaik berakhirnya beberapa perlawanan lain yang akan berlangsung hari ini. Reading yang menang 2-0 ke atas Leeds United, mendahului liga dengan kelebihan satu mata daripada Southampton. Ini diikuti oleh West Ham United, Birmingham City dan Blackpool City.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Reading di Stadium Amex pada hari Selasa, 10 April 2012 dan West Ham United di Upton Park pada hari Sabtu, 14 April 2012.

SENARAI PEMAIN

Burnley: (4-4-2) Lee Grant; Kieran Trippier, Micheal Duff, David Edgar, Ross Wallace; Junior Stanislas, Chris McCann, Marvin Bartley (Dean Marney 30), Josh McQuoid; Charlie Austin (Steven Hewitt 87), Danny Ings. Pemain simpanan yang lain: Brian (GK), Wes Fletcher, Shay McCartan.

Brighton: (4-4-2) Peter Brezovan; Inigo Calderon, Gordon Greer, Adam El-Abd, Joe Mattock (Craig Noone 70); Alan Navarro, Gary Dicker, Gonzalo Jara Reyes (Will Buckley 60), Rodriguez Vicente; Craig Mackail-Smith, Sam Vokes (Ashley Barnes 60). Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Kazenga LuaLua. 

No comments:

Post a Comment