Wednesday, 2 May 2012

Barnsley..0 Brighton..0


Brighton menutup tirai kempen Liga Kejuaraan nPower musim 2011/12 dengan mencatat keputusan seri 0-0 ketika menentang Barnsley di Oakwell pada hari Sabtu, 29 April 2012 yang lalu. Apa yang boleh dibanggakan adalah Brighton menamatkan saingan kali ini di tangga kesepuluh liga, yang terbaik sejak 20 tahun kebelakangan ini.

Pengurus Brighton Gus Poyet membuat dua perubahan pemain terhadap kesebelasan yang seri 1-1 ketika menentang Birmingham City di Stadium Amex pada hari Sabtu sebelumnya dengan Gary Dicker dan David Gonzalez kembali dalam senarai utama.

Dicker mengambil tempat Alan Navarro di bahagian midfield, manakala penjaga gol Colombia Gonzalez menggantikan Peter Brezovan.

Sementara itu dua bekas pemain Brighton iaitu Craig Davies dan Jimmy McNulty tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan Barnsley.

Perlawanan yang bermula dengan agak perlahan berubah menjadi pantas pada pertengahan separuh masa pertama. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada gol yang dapat dihasilkan.

Separuh masa kedua kelihatan agak seimbang namun kedua-dua pasukan nampak seperti lebih berhati-hati dalam melancarkan serangan. Ini sedikit sebanyak telah membuatkan penonton perlawanan seramai 10,151 orang itu bersorak agar sesuatu dapat dilakukan bagi menghasilkan gol.

Malangnya penyudah yang kurang berkesan dari kedua-dua pasukan menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0.

SENARAI PEMAIN
Barnsley: (4-4-2) David Button; Scott Wiseman, Stephen Foster, Jimmy McNulty, Scott Golbourne (John Stones 75); Jim O'Brien, Stephen Dawson (Bobby Hassell 55), David Perkins, Jordan Clark (Matty Done 60); Craig Davies, Danny Rose. Pemain simpanan yang lain: Andy Gray, David Cotterill.

Brighton: (4-4-2) David Gonzalez; Inigo Calderon, Lewis Dunk, Adam El-Abd, Joe Mattock; Will Buckley, Liam Bridcutt (Gai Assulin 60), Gary Dicker (Alan Navarro 60), Rodriguez Vicente; Ashley Barnes, Craig Mackail-Smith. Pemain simpanan yang lain: Casper Ankergren (GK), Sam Vokes, Matthew Sparrow.

No comments:

Post a Comment