Sunday, 5 May 2013

Sejenak Di Pekan Lenggong, Perak

Pagi semalam (Sabtu, 4 Mei 2013), aku telah berkesempatan untuk singgah di Pekan Lenggong. Pekan ini terletak tidak jauh dari Bandar DiRaja Kuala Kangsar menuju ke arah Bandar Gerik.
 
 
Banyak bangunan baru didirikan di pekan ini dan layaknya sudah boleh dipanggil Bandar Lenggong.

Aku bernasib baik kerana pagi ini dan setiap pagi Sabtu lainnya, diadakan Pasar Sehari Lenggong. Ada berbagai jualan dari makanan, minuman, keperluan dapur hinggalah ke pokok-pokok bunga.
 
 
 
 
 
 
 Ini merupakan sejenis makanan berasaskan ikan air tawar. Sedap rasanya.
Ada juga telur ikan goreng dan pais ikan dijual di gerai kakak ni
 Makcik ini gigih menjual sayur-sayuran kampung
 Kelapa pun ada dijual di sini
 Markas BN Lenggong
 Konvoi Parti PAS
 
 Menjelang PRU 13, di mana-mana tempat akan kelihatan poster ahli-ahli politik yang bertanding
 Replika KLCC

No comments:

Post a Comment