Wednesday, 30 September 2009

Sedikit Mengenai Landasan Mersing - Kuantan

Sekitar tahun 1930-an, kemelesetan ekonomi telah mengganggu perkembangan dan perancangan pembangunan FMSR. Keadaan ini memaksa FMSR menggantung projek - projek baru dan hanya membina landasan yang difikirkan menguntungkan.

Ini bermakna, hanya landasan cabang (cawangan) yang pendek sahaja akan dibina dan disambungkan dengan landasan utama.

Dengan keputusan tersebut, hasrat untuk melihat pembinaan landasan keretapi ke Terengganu berkubur. Malah Kerajaan Negeri Johor juga telah membatalkan rancangan untuk membina landasan keretapi yang menghubungkan Johor Bahru dengan Mersing, Endau, Batu Pahat dan Muar.

Ketetapan tersebut juga telah menyebabkan projek pembinaan landasan keretapi antara Kuala Lumpur ke Kuantan tidak dapat dilaksanakan.

Semasa mesyuarat pertama Lembaga Perhubungan Tanah Melayu pada 21 September 1930, telah dibangkitkan syor untuk membina jalan keretapi pantai timur dari Mersing melalui Kuantan, ke Kuala Terengganu dan dipanjangkan terus ke Kota Bharu, Kelantan.

Walau bagaimanapun, syor ini telah ditolak. Ahli lembaga yang bersidang lebih bersetuju dengan syor kedua untuk membina landasan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Akhirnya, projek pembinaan landasan ini telah ditangguhkan, termasuklah pembinaan landasan menyusur pantai dari Kelantan ke Johor Bahru melalui Terengganu dan Pahang.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila dapatkan:
a. Buku Sejarah Keretapi Di Malaysia yang ditulis oleh Saudara M. A. Fawzi Basri.
b. Slide bertajuk "Road or Rail? Competition in Colonial Malaya 1909 - 1940" oleh Puan Amarjit Kaur.

Tuesday, 29 September 2009

Sisian Butterworth - NBCT

Projek sambungan rel ke Pangkalan Kontena Butterworth Utara atau North Butterworth Container Terminal (NBCT) adalah salah satu projek pembangunan insfrastruktur yang diluluskan oleh kerajaan di bawah kementerian Pengangkutan bagi melancarkan pengangkutan kontena dari NBCT ke stesen - stesen keretapi sebelah utara dan selatan Thailand.

Peta laluan ke NBCTPembinaan laluan rel sepanjang 2.5 km dan sisian untuk yad NBCT sepanjang 850 meter bermula dari Stesen Butterworth.

Titik permulaan bagi Landasan Jalan Ibu (kiri) dan Landasan Cawangan NBCT (kanan) Ianya merentasi kawasan Terminal Feri, menyusuri pantai melalui belakang Depoh Esso, Shell dan Malaysian Smelting Corporation terus ke Pangkalan Kontena NBCT.

Laluan ke NBCT
Landasan yang berharga RM 234 juta ini disiapkan pada awal Mac 2000. Ianya mampu mempercepatkan proses pengendalian kontena di antara NBCT dan Stesen keretapi Butterworth kepada hanya 10 minit berbanding 24 jam sebelum itu.

Sebuah lokomotif sedang melalui di belakang Depoh Shell

Majalah Jajaran

Seperti lain - lain jabatan, Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai suara rasmi mereka sendiri. Ianya dikenali dengan nama Jajaran.

Majalah Jajaran keluaran Disember, 1982

Majalah Jajaran keluaran Januari / Februari, 1986

Majalah Jajaran keluaran Mei, 1994
Terdapat berbagai saiz majalah ini sewaktu ianya diterbitkan. Banyak berita dan maklumat yang boleh kita perolehi di dalam majalah ini.

Malangnya penerbitan majalah ini tidak kekal lama. Keluaran Jun 1997 adalah penerbitan terakhir majalah ini. Diharap agar pihak KTMB dapat menerbitkan semula majalah ini di masa akan datang.

Sunday, 27 September 2009

Junior World Cup


England tewas 0 - 1 ketika menentang Uruguay dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Bawah 20 Tahun di Ismailia, Mesir awal pagi tadi.

Gol tunggal Uruguay adalah hasil jaringan pemain gantian Tabare Viudez dalam minit ke 84.


ENGLAND:
21 Elliott PARISH (GK)
2 Kieran TRIPPIER
4 Adam CLAYTON
5 Martin KELLY
6 Ben MEE
7 Febian BRANDY (-77' )
8 Josh WALKER (C)
9 Alex TCHUIMENI-NIMELY
11 Paul MARSHALL (-72' )
12 Matthew JAMES
14 Matthew BRIGGS (-46'HT )

SIMPANAN:
1 Jason STEELE (GK)
13 Mark OXLEY (GK)
3 Jordan PARKES
10 Michael WOODS
15 Gavin HOYTE
16 Nana OFORI-TWUMASI (+46'HT)
17 Jonathan OBIKA (+72')
18 Samel BALDOCK
19 Gary GARDNER (+77')
20 Andrew TUTTE

Sambutan Hari Raya

Di sepanjang Bulan Syawal ini, ramai saudara mara dan sahabat - sahabat yang sudi untuk mengadakan rumah terbuka. Tujuannya selain daripada untuk bermaaf - maafan dan menjalin silaturahim sesama insan, ada juga yang mengambil kesempatan untuk 'menunjuk - nunjuk' .

Berbagai hidangan yang disediakan bagi mewarnai rumah terbuka yang diadakan. Tak kurang juga ada yang mengalami sakit perut akibat memakan makanan yang berbagai rasa. Ada juga tuan rumah tidak mementingkan aspek kebersihan sewaktu menyediakan juadah. Akibatnya, pengunjung yang nak berseronok, terpaksa menanggung kesakitan.

Bristol Rovers..1 Brighton..1

Pasukan Brighton and Hove Albion memungut satu berharga tatkala seri 1 - 1 ketika menentang Bristol Rovers di Memorial Ground, Bristol sebentar tadi (Sabtu, 26 September 2009).

Adam El-Abd mencatat sejarah peribadi apabila membuat penampilan ke 200 bersama pasukan Brighton.

Adam El-Abd
Glenn Murray kembali ke bangku simpanan selepas pembedahan hernia, sama seperti Graeme Smith yang mengalami masalah buku lali. David Livermore adalah di antara pemain simpanan yang tersenarai, tetapi nama Alan Navarro tercicir dari skuad ke Bristol.

Gol tunggal pasukan Brighton adalah hasil jaringan James Tunnicliffe pada minit ke 56, berpunca dari tendangan sudut oleh Arron Davies.

James Tunnicliffe sewaktu merayakan jaringan beliau.
Walaupun mencatat keputusan seri dan memungut satu mata, kini pasukan Brighton menghuni tangga ke 21 Liga Coca Cola Bahagian Satu, turun dua anak tangga dari minggu lalu.

Albion: (4-4-2) Kuipers; Virgo, Elphick, Tunnicliffe, El-Abd; Bennett, Crofts, Dicker, A Davies (Cox 74); Forster (Hart 81), Dickinson (Wright 45 +2). Pemain simpanan yang lain: G Smith (GK), Thornhill, Livermore, Murray.

Perjuangan Bermula


Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Bawah Umur 20 Tahun sedang berlangsung di beberapa bandaraya di Mesir bermula 24 September sehingga 16 Oktober 2009.

Sebanyak 24 buah negara layak pada kejohanan kali ini iaitu:

Kumpulan A: Mesir, Itali, Paraguay dan Trinidad & Tobago.
Kumpulan B: Sepanyol, Venezuela, Nigeria dan Tahiti.
Kumpulan C: Jerman, Cameroon, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Kumpulan D: Ghana, Uzbekistan, England dan Uruguay.
Kumpulan E: Brazil, Costa Rica, Rep Czech dan Australia.
Kumpulan F: Emiriah Arah Bersatu, Afrika Selatan, Honduras dan Hungary.

Dari jadual yang dikeluarkan, England akan memulakan kempen di Bandaraya Ismailia pada 26 September 2009 menentang Uruguay. Ini diikuti dengan perlawanan menentang Ghana pada 29 September 2009 di tempat yang sama. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan bagi England adalah menentang Uzbekistan di Suez pada 02 Oktober 2009.


England tidak membawa pemain - pemain muda yang beraksi di dalam Liga Perdana Inggeris. Sebaliknya jurulatih Brian Eastick hanya menyenaraikan pemain - pemain yang kurang berpengalaman di peringkat antarabangsa. Berikut adalah senarai pemain - pemain England.


1. Jason STEELE (Middlesbrough)
2. Kieran TRIPPIER (Manchester City)
3. Jordan PARKES (Watford)
4. Adam CLAYTON (Manchester City)
5. Martin KELLY (Liverpool)
6. Ben MEE (Manchester City)
7. Febian BRANDY (Manchester Utd.)
8. Josh WALKER (Middlesbrough)
9. Alex TCHUIMENI-NIMELY (Manchester City)
10. Michael WOODS (Chelsea)
11. Paul MARSHALL (Manchester City)
12. Matthew JAMES (Manchester Utd.)
13. Mark OXLEY (Hull City)
14. Matthew BRIGGS (Fulham)
15. Gavin HOYTE (Arsenal)
16. Nana OFORI-TWUMASI (Chelsea)
17. Jonathan OBIKA (Tottenham Hotspur)
18. Samel BALDOCK (Milton Keynes Dons)
19. Gary GARDNER (Aston Villa)
20. Andrew TUTTE (Manchester City)
21. Elliott PARISH (Aston Villa)

England tidak mempunyai rekod yang cemerlang dalam pertandingan ini. Terbaik adalah menduduki tempat ketiga sewaktu di Australia (tahun 1993).