Wednesday, 11 November 2009

Pengurus Baru Brighton & Hove Albion

Bekas Penolong Pengurus pasukan Tottenham Hotspur, Gus Poyet secara rasmi dilantik sebagai Pengurus Pasukan Brighton & Hove Albion yang baru mulai 10 November 2009.

Beliau yang akan menyambut hari ulang tahunnya yang ke 42 pada hari Ahad lepas, bersetuju untuk menandatangani kontrak sehingga penghujung musim akan datang.
Sehubungan itu, bekas pemain pertahanan Ipswich Town, Mauricio Taricco akan menyertai Poyet sebagai Penolong Pengurus Pasukan di Withdean.

Poyet dan Taricco akan mengendalikan perlawanan mereka yang pertama bersama The Albion ke Stadium The Dell, Southampton pada hari Ahad nanti.

Sunday, 8 November 2009

Terowong Di Laluan Taiping - Padang Rengas

Projek Landasan Berkembar Elektrifikasi Ipoh - Padang Besar kini rancak dilaksanakan. Beberapa perubahan kian ketara kelihatan dengan beberapa pembinaan dan lencongan baru.

Turut terlibat adalah terowong - terowong yang terdapat di sepanjang laluan antara Taiping dan Padang Rengas. Apa akan terjadi kepada terowong - terowong ini apabila projek landasan berkembar ini siap dan mula beroperasi?

Mari kita lihat terowong - terowong itu.

Terowong Nombor 1. Ia terletak di TT 63/16 - 63/26 antara Taiping - Bukit Berapit.
Panjang terowong ini 289.6 meter.
Terowong Nombor 2. Terletak di TT 68/7 - 68/20 antara Bukit Berapit - Padang Rengas.
Panjang terowong ini adalah 337.5 meter.
Terowong Nombor 3. Terletak di TT 68/28 - 68/33 laluan Bukit Berapit - Padang Rengas.
Panjang terowong ini adalah 133.2 meter.
Terowong Nombor 4. Terletak di TT 68/44 - 68/47 laluan Bukit Berapit - Padang Rengas.
Panjang terowong ini adalah 91.5 meter.

Russell Slade Meletak Jawatan

Tanpa sebab - sebab yang tertentu, pengurus pasukan Brighton & Hove Albion, Russell Slade meletak jawatan. Jodoh beliau dengan kelab Brighton ini hanya dapat bertahan selama lapan bulan.

Turut meninggalkan pasukan adalah penolong pengurus pasukan, Dean White.....

dan jurulatih pasukan, Bob Booker. Sebelum mendapat pengurus dan jurulatih yang baru, pasukan Brighton kini dipimpin oleh
Martin Hinshelwood, sebagai pengurus pasukan...

dan Charlie Oatway sebagai jurulatih Mereka memulakan tugas dengan membawa pasukan Brighton ke Wycome dalam perlawanan Pusingan Pertama Piala FA England yang berakhir dengan keputusan 4 - 4 semalam.

Lintasan Rata Butterworth

Lintasan ini terletak di dalam laluan Butterworth – NBCT. Ia dibina bagi memberi kemudahan kepada orang ramai menyambung perjalanan samada dengan menaiki bas atau teksi di perhentian bas dan teksi berdekatan. Selain daripada itu, sewaktu menunggu ketibaan tren, para penumpang boleh menjamu selera di kedai makan yang terletak di hadapan stesen ini. Keistimewaan lintasan ini adalah ia hanya digunakan oleh pejalan kaki sahaja dan tidak dibuka kepada kenderaan.

Pusingan Pertama Piala FA England

Wycombe Wanderers4Brighton & Hove Albion4
Harrold pen 18 , 70
Davies 38
Pittman 61
Bennett 3
Forster pen 45
Murray 51 , pen 83
Penonton: 2,749
Separuh masa pertama: 2-2

Tahniah Negri Sembilan

Tahniah kepada pasukan bolasepak Negeri Sembilan kerana berjaya merangkul Piala Malaysia setelah mengalahkan Kelantan 3 - 1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sesungguhnya penantian yang terlalu lama ini akhirnya terlerai juga buat skuad Hoben Jang Hoben!

Den gaso lah, kengkawan kek Astano Rajo tu pun samo macam den, gombiro sobab nogori den monang.

Sisian Segamat Inland Port

Sisian Pelabuhan Dalaman Segamat ini juga dikenali sebagai Segamat Inland Port (SIP). Ia terletak di antara KM 598.0 – 598.25 laluan Genuang – Tenang. Landasan utama sisian ini bercawang dari jalan ibu di sebelah kanan perjalanan tren arah turun. Landasan utama sisian adalah sepanjang 695 meter dan siap dibina pada 9 Disember 1998.

Sisian ini mengandungi tiga landasan perkhidmatan.
a. Sisian Nombor 1 panjangnya 502 meter untuk menampung 60 unit gerabak empat roda.
b. Sisian Nombor 2 panjangnya 498 meter untuk menampung 58 unit gerabak empat roda.
c. Sisian Nombor 3 panjangnya 480 meter untuk menampung juga 58 unit gerabak empat roda.

SIP merupakan pelabuhan darat kedua selepas tertubuhnya Ipoh Cargo Terminat (ICT) pada 1 November 1989. Dengan adanya SIP ini, kemudahan - kemudahan seperti pelabuhan sebenar dapat diberikan kepada pengimpot dan pengekspot di sekitar Segamat, Muar, Tangkak, Kluang, Batu Pahat, Yong Peng, selatan Negeri Sembilan dan Melaka.

Keseluruhan kawasan yang dibangunkan untuk SIP ini ialah seluas 23 hektar.