Sunday, 11 April 2010

Negeri Sembilan Julang Piala FA 2010


Negeri Sembilan menjulang Piala FA buat kali kedua selepas mengalahkan pasukan Kedah 5 - 4 menerusi sepakan penalti dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Perlawanan berlarutan hingga ke penentuan sepakan penalti apabila kedua - dua pasukan terikat seri 1 - 1 selepas 90 minit perlawanan sebenar dan tambahan masa 30 minit.

Syabas buat NSFA!

Tuesday, 6 April 2010

Hartlepool United..2 Brighton..0

Rekod cemerlang pasukan Brighton di tempat lawan sedikit tercalar apabila tewas 0 – 2 kepada pasukan Hartlepool United pada perlawanan yang baru berakhir sebentar tadi.

Gus Poyet terpaksa membuat tiga perubahan pada kesebelasan utama yang bermain di Victoria Park.

Andrew Crofts terkecuali kerana masalah keluarga, dan Lee Hendrie mendapat peluang bermain di bahagian tengah, sementara Ashley Barnes juga membuat penampilan pertama dalam kesebelasan utama mengambil tempat Glenn Murray yang digantung dua perlawanan. Di bahagian pertahanan, Gavin Hoyter kembali ke posisi pertahanan kiri mengambil tempat Marcos Painter yang tercedera. Jamie Smith dan Steve Cook kembali tersenarai di bangku pemain simpanan.

Dengan kekalahan ini, pasukan Brighton turun ke tangga 14 liga.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Carlisle United di Stadium Withdean pada 10 April nanti.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, Elphick, El-Abd, Hoyte; Carole (Holroyd 65), Dicker, Navarro (Arismendi 65), Hendrie (LuaLua 59), Bennett; Barnes. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Virgo, Smith.

Saturday, 3 April 2010

15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

15 Pintu Syaitan Yang Ada Di Dalam Diri Kita

Marah
Cinta kepada dunia
Kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
Panjang (sentiasa) berangan - angan
Rakus (tamak)
Bakhil (kedekut)
Suka pada pujian
Riak
Ujub (merasa kagum)
Takut dan gelisah
Buruk sangka
Memandang rendah pada orang lain
Merasa suka pada dosa
Merasa aman daripada pembalasan Allah
Putus asa dari rahmat Allah

Friday, 2 April 2010

Lokomotif Jabatan keretapi Negeri Sabah

Ini adalah sebuah relkar yang masih beroperasi. Depot bagi relkar ini terletak di Stn Tenom.
Salah sebuah lokomotif yang baru diterima dari China. Oleh kerana landasan masih belum siap sepenuhnya, lokomotif ini ditempatkan di Depot Tanjung Aru buat sementara waktu.
Lokomotif MM33 juga ditempatkan di Depot Tanjung Aru.
Pertemuan dua lokomotif di Stn Beaufort. Lokomotif 5201 adalah lokomotif Kawasaki kepunyaan Depot Tenom manakala lokomotif 5101 adalah lokomotif Hitachi yang berpangkalan di Depot Beaufort.
Lokomotif wap 6015 masih beroperasi bersama lokomotif wap 6016. Boleh dilihat samada di Depot Tanjung Aru atau Depot Papar.

Brighton..2 Southampton..2

Dalam keghairahan untuk mencari kemenangan, pasukan Brighton hanya mampu seri 2 - 2 ketika menentang pasukan Southampton di Stadium Withdean, awal pagi tadi.

Elliott Bennett menjaringkan gol pertama Brighton pada minit ke -12.

Gol kedua Brighton adalah hasil jaringan Ashley Barnes (pemain yang dipinjam dari pasukan Plymouth Argyle) pada minit ke - 66 menerusi satu tandukan cantik.
Buat kali ketiga berturut - turut, pasukan Brighton menurunkan kesebelasan utama yang sama, setelah menang 3 - 0 mengatasi pasukan Tranmere Rovers pada hari Sabtu lepas.

Seramai 7,784 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan yang mendebarkan ini.

Dengan keputusan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke 13 Liga Coca Cola Bahagian Satu dengan mengumpul 48 mata daripada 39 perlawanan.

Aksi seterusnya adalah menentang pasukan Hartlepool United di Victoria Park (Hartlepool), pada hari Isnin, 5 April 2010.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro (Arismendi 79), Dicker, Carole (LuaLua 58); Murray (Barnes 62). Pemain simpanan yang lain: Walker (GK),

Hendrie, Holroyd, Virgo.

Sunday, 28 March 2010

Brighton..3 Tranmere Rovers..0

Pasukan Brighton terus mengukuhkan kedudukan dalam Liga Coca Cola Bahagian Satu apabila menang 3 - 0 ke atas pasukan Tranmere Rovers di Stadium Withdean, malam tadi.

Gol jaringan Glenn Murray (minitke-7), Andrew Crofts (minit ke-29) dan Ashley Barnes (minit ke-81) sudah cukup untuk membawa pasukan Brighton menduduki ke tangga 13 liga.

Glenn Murray menjaringkan gol peribadi yang ke 14 musim ini.

Kedudukan pasukan Brighton dalam liga ketika ini.

Nama Lee Hendrie dan Ashley Barnes diletakkan dalam senarai pemain gantian sejak menyertai pasukan Brighton minggu ini sebagai pemain pinjaman. Pasukan Brighton mengekalkan kesebalasan utama yang menang 2 - 0 di Oldham pada hari Sabtu lepas.

Jamie Smith juga tersenarai sebagai pemain simpanan tetapi Gary Hart terkeluar gara - gara kecederaan 'hamstring'.

Seramai 6.812 orang penonton telah menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Southampton di Stadium Withdean pada hari Khamis, 1 April 2010 jam 7.45 malam.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Crofts, Navarro, Dicker (Virgo 81), Carole (Hendrie 75); Murray (Barnes 71). Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Cox, Smith, Hoyte.

Sedikit Perubahan

Atas beberapa sebab, maka sedikit perubahan untuk label kepada setiap posting akan diubah mulai hari ini.

Ianya melibatkan:
a. Brighton FC ditukar kepada Bolasepak.
b. KTM ditukar kepada Keretapi.
c. Trip ditukar kepada Perjalanan.

Lain - lain tidak berubah. Harap maklum.