Saturday, 24 April 2010

BBQ

Pada hari Rabu yang lepas (21 April 2010) aku dan kawan-kawan mengadakan sedikit jamuan BBQ untuk anak - anak di Bait Al-Amin.

Oleh kerana jamuan ini tidak dirancang, maka masa menjamu terpaksa diadakan lewat iaitu pada jam 10.30 malam selepas 'prep hours' selesai.

Berikut adalah sebahagian gambar pada malam tersebut.

Alhamdulillah, akhirnya menu yang dirancang telah dapat aku sediakan. Anak - anak disajikan dengan daging bakar, ayam bakar, coleslaw, kentang goreng, sausage dan keropok. Minuman panas seperti Teh 'O' dan juga Air Oren Ais telah dapat aku sediakan.

Seperti yang lain, aku hanya mahukan anak - anak ku gembira dalam mengharungi hidup yang berlaku ini. Perjalanan mereka masih jauh.

Gangguan Perkhidmatan Internet

Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam (23 April 2010) memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan internet dijangka berlaku berikutan kerja-kerja kabel di Asia Tenggara-Asia Barat-Eropah Barat (SMW4).

Anggota konsortium TM telah mengesan masalah kabel di rangkaian kabel dasar laut SMW4 antara Alexandria di Mesir dan Palermo di Itali menghubungkan Malaysia ke Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

"Konsortium berkenaan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan di tapak pada Sabtu, 24 April, 2010 dan dijangka siap pada Ahad, 2 Mei, 2010," demikian menurut TM dalam satu kenyataan. Semasa proses berkenaan, akan terdapat gangguan kepada trafik ke Eropah dan AS yang dibawa melalui kabel berkenaan.

"TM mengambil langkah aktif untuk meminimumkan gangguan, kami telah menambah rangkaian tambahan bagi laluan lain serta menyelaras dengan pembawa antarabangsa yang lain bagi menyediakan lebar jalur tambahan untuk pelanggan kami," jelas syarikat itu.

Menurut TM, meskipun inisiatif ini, pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Internet di seluruh negara mungkin mengalami beberapa gangguan seperti perayauan yang perlahan semasa mengakses laman web antarabangsa.

"Pelanggan yang menggunakan Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dan aplikasi perniagaan kritikal lain yang bersambung ke Eropah dan AS akan mengalami gangguan perkhidmatan yang minimum, jika berlaku," menurut TM.

Menurut TM, ia akan menyediakan maklumat terkini yang sewajarnya mengenai perkembangan kerja-kerja pemulihan.

Pelanggan boleh menghubungi TM di talian 100 dan memilih "Bantuan Teknikal" atau e-mel di help@tm.com.my untuk masalah berkaitan Internet. - Bernama
(dipetik dari akhbar berita harian online)

Sunday, 18 April 2010

Southend United..0 Brighton..1

Kecemerlangan di tempat lawan musim diteruskan lagi di Roots Hall, Southend malam tadi. Pasukan Brighton mencatat kemenangan 1 - 0 mengatasi tuan rumah, Southend United hasil dari gol tunggal jaringan Ashley Barnes pada minit ke-15.

Seramai 8,503 telah menyaksikan perlawanan yang menarik ini dengan pasukan tuan rumah sentiasa mencari peluang untuk menjaringkan gol.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton naik ke tangga 14 dalam kedudukan liga mengumpulkan 52 mata daripada 43 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah menentang pasukan Bristol Rovers pada 24 April 2010 di Stadium Withdean.

Albion: (4-5-1) Brezovan, Elphick, El-Abd, Calderon (Hoyte 77), Painter; Arismendi (Navarro 45), Crofts, Bennett, Hendrie (Dicker 65), Murray; Barnes. Pemain simpanan yang lain - Walker (GK), Virgo, Carole, Holroyd.

Thursday, 15 April 2010

Gerabak BRF

Gerabak BRF adalah antara gerabak yang baru diperkenalkan di dalam perkhidmatan KTMB. BRF bermaksud Bogie Reefer Flat yang dianugerahkan dengan nombor BRF 25001 - BRF 25055. Sebarang penggunaan kontena Reefer bermuatan, akan digandingkan dengan Power Generating Car (PGC), untuk membekalkan kuasa elektrik sepanjang perjalanan di dalam sistem keretapi.

Ketinggian gerabak ini dari paras rel adalah 914mm dan ianya mempunyai 12 'Twist Lock". Ia mampu membawa sebuah kontena berukuran 40 kaki atau 2 kontena berukuran 20 kaki.

Semua bekalan elektrik dan jangka suhu yang telah dilaraskan sentiasa berfungsi bagi memastikan muatan tidak rosak.

Walau bagaimanapun, sekiranya kontena Reefer terpaksa bermalam di mana - mana yad kontena, bekalan elektrik haruslah diperolehi dari kuasa darat yang terdapat di yad tersebut.

Satu Jajaran BRF yang sedang beroperasi di laluan Kedah/Perlis.(gambar dari www.ktmrailwayfan.com)

Gillingham..1 Brighton..1

Kegagalan Glenn Murray menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-86 membuatkan pasukan Brighton hanya mampu seri 1 – 1 ketika berkunjung ke Gillingham pada perlawanan liga yang berlangsung pada 13 April lalu.

Dengan disaksikan oleh 7,977 orang penonton yang membajiri Stadium Priestfield, Glenn Murray menyepak bola rendah bagi membolehkan penjaga gol Gillingham menyelamatkan keadaan. Sebelum itu, Adam El-Abd menjaringkan gol tunggal Brighton pada minit ke-5.

Gus Poyet membuat beberapa pertukaran pemain pada kesebelasan utama yang turun dengan Lee hendrie, Adam Virgo dan Glenn Murray dipanggil sementara Diego Arismendi membuat penampilan pertama bersama pasukan Brighton.

Virgo mengantikan Tommy Elphick di bahagian pertahanan. Hendrie dan Arismendi menggantikan Dicker dan Alan Navarro di bahagian tengah. Murray pula kembali selaku pemain penyerang selepas digantung dua perlawanan.

Dengan keputusan ini, pasukan Brighton kini menghuni tangga ke 15 liga dengan mengumpulkan 49 mata daripada 42 perlawanan.

Sabtu ini (17 April 2010), pasukan Brighton sekali lagi akan bermain di tempat lawan, kali ini di Roots Hall menentang pasukan Southend United.

Albion: (4-5-1) Brezovan, Calderon, El-Abd, Virgo, Hoyte; Bennett, Arismendi (Navarro 68), Hendrie (Dicker 78), Crofts, LuaLua (Barnes 58); Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Elphick, Carole, Holroyd.

15 Senjata Menghalang Syaitan

15 Senjata Menghalang Syaitan

Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)

Sentiasa membanyakkan berzikir

Sentiasa membanyakkan istifar

Membaca “la i’ la ha illa subha naka inni kuntu minaz dzolimin”

Jangan tidur berseorangan

Baca doa pagi dan petang

Bersugi (membersihkan mulut dan gigi)

Mengamalkan ibadat solat secara berjamaah

Berwudhuk sebelum tidur

Menutup aurat

Membaca doa masuk tandas

Banyak berselawat pada hati

Bertaubat di atas segala dosa yang dilakukan

Membudayakan diri dengan membaca al-Quran

Membaca surah Yassin setiap pagi

Sunday, 11 April 2010

Brighton..1 Carlisle United..2

Brighton tumpas lagi. Malam ini mereka tumbang di gelanggang sendiri kepada pasukan Carlisle United 1 - 2.

Gol tunggal pasukan Brighton adalah hasil jaringan Tommy Elphick pada minit ke - 85.

Brighton membuat dua pertukaran pada pasukan yang tewas 0 -2 kepada kelab Hartlepool United pada hari Isnin lepas, dengan Andrew Croft dan Kazenga LuaLua kembali sebagai kesebelasan utama.

Croft menggantikan Lee Hendrie di bahagian tengah dan LuaLua mengambil tempat Seb Carole di bahagian sayap kiri.

Seramai 6,673 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini.

Brighton kekal di tangga ke-14 liga dan perlawanan seterusnya adalah menentang pasukan Gillingham pada hari Selasa, 13 April 2010 di Stadium Priestfield, Gillingham.

Albion: (4-5-1) Brezovan; Calderon, El-Abd, Elphick, Hoyte (Holroyd 62); Bennett, Crofts, Navarro, Dicker (Hendrie 75), LuaLua; Barnes. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Carole, Virgo, Arismendi, Cook.