Sunday, 12 September 2010

Tiket Keretapi Dah Nak Habis

Berdasarkan kepada data di atas, dapatlah aku merumuskan bahawa perkhidmatan keretapi kini semakin digemari.

Tiket untuk beberapa perjalanan tren telah habis manakala untuk tren-tren yang lain, tiket nampaknya semakin susut.

Jika kalian tercari-cari destinasi perjalanan tren dan baki tiket untuk dibeli, sila tekan. Data seperti di atas, akan dikemaskini setiap 1 jam.

Aku berharap agar lebih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatan keretapi bukan sahaja pada musim-musim perayaan atau sewaktu cuti sekolah, tetapi pada setiap masa dan ketika kerana hanya inilah satu-satunya mod pengangkutan yang selesa dan selamat.

Selamat Maju Jaya kepada KTM Antarabandar moga akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik di masa-masa akan datang.

Ciri - Ciri Sebuah Keluarga Bahagia

(sambungan)

Jika tersalah pilih atau membuat pilihan berdasarkan nafsu dan kebendaan semata-mata maka ibu bapa itulah yang akan turut bersalah apabila rumah tangga mereka nanti menemui kehancuran dan kemusnahan.

Dalam hal ini Rasulullah SAW ada bersabda maksudnya:

"Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu berpuas hati di sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkanlah anak kamu dengan segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya akan berlakulah fitnah di muka bumi ini dan kerosakan bakal ditempuhinya nanti". Riwayat Abu Hurairah.

Rasulullah mengingatkan agar umatnya tidak melengah-lengahkan urusan perkahwinan anak perempuannya jika sudah ada lelaki yang ingin masuk meminang lebih-lebih lagi lelaki yang beriman, berakhlak dan bermoral.

(bersambung)

Hari Raya Aidil Fitri (1 Syawal 1431H)

Salam Aidil Fitri buat semua. Kemaafan jua yang aku pohon sekiranya ada salah silap atau keterlanjuran sepanjang aku mengendalikan blog ini.
Seperti kebiasaan, anak-anak yang paling meriah.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin dari kami sekeluarga.

Brighton & Hove Albion..2 MK Dons..0

Brighton & Hove Albion menang lagi. Kali ini Brighton menewaskan MK Dons 2 - 0 dalam perlawanan menarik yang berlangsung di Stadium Withdean, pada 11 September 2010.

Kazenga LuaLua memulakan jaringan pada minit ke-49. Gol kedua pula sumbangan Glenn Murray pada minit ke-75.

Gus Poyet membuat dua pertukaran pada senarai pemain utama yang tewas kepada Leyton Orient sepuluh hari lalu, dengan Kazenga LuaLua tersenarai dalam kesebelasan utama.

Pemain sayap Republik Congo itu menggantikan Gary Dicker, dan memulakan perlawanan di sebelah kiri, sementara Radostin Kishishev menggantikan Liam Bridcutt di bahagian tengah.

Penolong pengurus pasukan Mauricio Taricco disenaraikan sebagai pemain simpanan dan bercita-cita untuk membuat debut bersama pasukan Brighton, Peter Brezovan juga tersenarai sebagai pemain simpanan selepas sembuh dari kecederaan.

Skipper Gordon Greer masih belum sembuh sepenuhnya dari kecederaan dan diketepikan daripada pasukan utama buat sementara waktu.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke-7 liga dengan mengumpulkan 10 mata dari 5 perlawanan.

Seramai 6,683 orang penonton telah meluangkan masa datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.

Perlawanan seterusnya adalah menentang Carlisle United di Brunton Park, Carlisle pada 18 September nanti.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, El-Abd, Elphick, Painter; Bennett, Sparrow (Dicker 64), Kishishev (Bridcutt 89), LuaLua (Jamie Smith 86); Barnes, Murray. Pemain simpanan yang lain: Brezovan, Taricco, Baz, Hart.

Thursday, 2 September 2010

Brighton & Hove Albion..0 Leyton Orient..2

Brighton kurang bernasib baik apabila tersingkir di Pusingan Pertama Trofi Johnstone's Paint kepada Leyton Orient 0 - 2 di Stadium Withdean, awal pagi tadi.

Membuat dua pertukaran pemain dari kesebelasan utama yang menang 2 - 1 ke atas Walsall, hujung minggu lalu nyata tidak memberi banyak kelebihan buat Brighton.

Midfielder Liam Bridcutt membuat penampilan pertama bersama Brighton, menggantikan Agustin Battipiedi.

Matt Sparrow juga kembali dari penggantungan tiga perlawanan, mengambil tempat Radostin Kishishev, yang mengalami kecederaan.

Gol - gol pasukan Leyton Orient adalah hasil jaringan Dean Cox minit ke-21 dan Ryan Jarvis pada minit ke-47.

Seramai 3,124 orang penonton telah hadir menyaksikan perlawanan ini.

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd (Jamie Smith 53), Painter; Bennett, Bridcutt, Dicker, Sparrow; Barnes (Hart 67), Murray (Baz 53). Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Battipiedi.

Tuesday, 31 August 2010

Pemain Baru Brighton & Hove Albion

Dalam usaha pengurus pasukan Gus Poyet untuk memantapkan lagi pasukan Brighton & Hove Albion, beliau telah mendapatkan dua pemain secara kontrak tetap dan pinjaman. Pemain - pemain yang dimaksudkan adalah Liam Bridcutt dan Kazenga LuaLua.

Brighton & Hove Albion telah mendapatkan tandatangan bekas pemain tengah Chelsea, Liam Bridcutt untuk kontrak tetap selama lima bulan pada 28 Ogos 2010.

Pemain berusia 21 tahun itu yang lahir dari pasukan belia Chelsea itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan tempat bersama pasukan utama Chelsea dan dilepaskan pada musim panas yang lalu. Sewaktu di Stamford Bridge, Bridcutt telah dipinjamkan ke Watford, Yeovil Town dan Stockport County.

Sementara itu pada 30 Ogos 2010, Poyet telah mendapat khabar gembira apabila Newcastle United telah bersetuju untuk meminjam semula pemain sayap, Kazenga LuaLua sehingga 31 Disember 2010.

LuaLua yang berusia 19 tahun akan menyertai pemain-pemain yang lain di Falmer (padang latihan pasukan Brighton) hari ini sebagai persiapan bagi menghadapi pertembungan dengan Leyton Orient dalam pertandingan Trofi Johnstone's Paint malam esok (Rabu, 1 September 2010) di Stadium Withdean.


LuaLua sewaktu dipinjam oleh Brighton pada musim lalu, telah bermain sebanyak 11 kali dan membuktikan yang beliau adalah seorang pemain yang berkebolehan.

Brighton & Hove Albion..2 Walsall..1

Pada 28 Ogos 2010 di Stadium Withdean, pasukan Brighton mencatat kemenangan kedua dalam liga musim ini apabila menumpaskan Walsall 2 - 1.

Albion membuat satu pertukaran kepada barisan yang tewas 0 - 1 kepada Sheffield Wednesday minggu lalu, dengan Agustin Battipiedi tersenarai di bahagian tengah. Ini adalah perlawanan pertama buat bintang dari Argentina tersebut di dalam Liga Satu, mengambil tempat Jamie Smith yang hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Liam Bridcutt juga tersenarai sebagai pemain simpanan sesudah menandatangi perjanjian lima bulan bersama Brighton semalam.

Ashley Barnes memulakan jaringan buat Brighton pada minit ke-68 sebelum Marcos Painter menanduk masuk hantaran Elliott Bernett pada minit ke-80. Ini merupakan gol pertama Painter dalam kariernya bersama pasukan senior.

Gol tunggal Walsall dijaringkan oleh Jon Macken pada minit ke-90 perlawanan.

Seramai 6,474 datang menyaksikan perlawanan yang menarik ini.

Dengan kemenangan ini, pasukan Brighton kini menduduki tangga ke-7 liga dengan mengumpulkan 7 mata hasil daripada 4 perlawanan.

Perlawanan seterusnya adalah pada 1 September 2010 di tempat sendiri menentang Leyton Orient dalam Pusingan Pertama Trofi Johnstone's Paint Zon Selatan

Albion: (4-4-2) Ankergren; Calderon, Elphick, El-Abd, Painter; Bennett (Holroyd 90+1), Kishishev, Dicker, Battipiedi (Jamie Smith 59); Barnes, Murray. Pemain simpanan yang lain: Walker (GK), Baz, Hart, Cook, Bridcutt.